Saturday, 29 June 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 6



Kereta merah mula memasuki perkarangan rumah agam yang tersergam indah itu. Enjin kereta cepat-cepat dimatikan setelah di parkir di garaj. Langkah pemandu kereta tadi laju ke arah pintu rumah dengan penuh berhati-hati. Takut juga kalau-kalau penghuni rumah tersebut terjaga. Pintu rumah yang dikuak dari luar itu menghasilkan bunyi berkeriut perlahan. Pintu rumah ditolak seperlahan boleh. Lagi perlahan rasanya dari pergerakan sang kura-kura. Ekh?

Setelah dikunci semula pintu tadi, langkah mula kembali menuju ke arah tangga. Fuhhhhh.....nasib baik semua dah tidur. Nahas aku kalau papa ada. Dia kemudian menaiki dua anak tangga dalam satu masa. Cepat-cepat!!! Baru sahaja tangan mahu mencapai tombol pintu bilik, satu suara berdehem di belakang membatalkan niatnya. Kenal sungguh dia dengan suara tu. Ton nada pulak series dengar macam ape jer...seram bhaiii gua kalau dah keluar tone macam tu. Dia mengambil masa untuk memaling ke belakang.

Mata bertemu mata. Pantas dia memalingkan muka ke arah lain. Tak sanggup dah rasanya nak tenung lama-lama muka tu!!! Irsyad menelan air liur yang terasa perit dah apabila melalui kerongkongnya. "Hi pa, sorry lambat balik. Ichad masuk dulu ok. Salam, nite"

Sekali lagi Dato' Iskandar berdehem. Kali ni lagi series bunyinya. Fuhhh....tarik nafas....1..2...3...lepaskan. Mata menjeling ke arah jam tangan. Okay, means I'm SOOO dead. And busted too!!!

"Okay pa, first I had no idea sekarang dah almost 3. And I got a solid reason okay?"

"Dah solat ke belum ni?" Nada suara Dato' Iskandar sedikit kurang ketegangannya. Tapi still adalah ke-serius-an dalam soalan dia tadi. Jap, wait.....aku salah dengar ke ape? Warranty telinga ni lama lagi kot aku rasa.

"Ermmm....dah?" balas Irsyad sedikit kehairanan. "Isyak belum" cepat dia menambah sebelum Dato' Iskandar sempat membuka mulut.

"Masuk bilik. Mandi. Solat. Tidur." Sepatah-sepatah arahan CEO Syarikat gergasi tanah air itu diterimanya. Irsyad masih tidak berganjak sedikit pun. Masih lagi terpempan dengan reaksi papanya. Is he alright? Dato' Iskandar mula mengatur langkah menuju ke arah tangga. Baru sahaja menuruni anak tangga yang pertama, pandangannya naik semula ke arah putera sulungnya. "We'll discuss this tomorrow." Tegas nada suaranya.

Tiada kata yang mampu dituturkan lagi. Kelu, beku, frozen dah lidah Irsyad. Tapi rasanya dah frozen seluruh tubuhnya kot. Kaku sekejap Irysad di muka pintu biliknya. Pelik papanya tak melenting tadi. Tapi kalau difikir balik dengan akal waras yang masih boleh digunakan ni, tak logik kot nak marah anak tengah-tengah malam. Better settlekan esok. Marah dah reda, akal pon boleh bertindak rasional kan? Puihhh...nasib kau la selamat malam ni....esok? Dah boleh mintak orang tolong galikan kubur kot. Arhhh sudah, nak mati sangatlah kalau Isyak pon tak lagi? Pintu bilik dibuka dan Irsyad terus menuju ke bilik air.


...........................................................................................


Tangan meraba-raba di bawah bantal. Mana ni? Mana ni? Arghh....bisingnya alarm ni. Setelah beberapa ketika, barang yang dicari dijumpai. Cepat-cepat Riana matikan penggera yang berbunyi. Takut nanti Syida, rakan sebiliknya terbangun. Mata dikecilkan. Skrin telefon didekatkan. Cahaya telefon bimbitnya menyimbah mukanya dengan cahaya malap.

3.08 a.m

Lengan tangan kiri yang tidak memegang telefon bimbit menutup kembali matanya. Malasnya nak bangun. Dah lama "cuti" buat tahajjud,  bila nak buat balik dah malas rasanya. Tak apa kot kalau hari tak buat. Penatnya. Dah la semalam exam final Physics. Pagi tadi sampailah ke waktu Maghrib pulak duk pulun buat soalan-soalan Maths. Fuhhh...boleh sakit kepala benda kira-kira ni. Memang susah sikit nak terima dek akal seni ni benda-benda camni.

Saat mata hendak dipejam semula, pantas Riana duduk di atas katil. Ishh....ni tak boleh jadi ni. Dugaan semua ni. Jangan kau dengar semua hasutan dan bisikan dusta mereka-mereka ni Riana! Lawan-lawan. Fight, fight!!! Nafas ditarik perlahan, bagai cuba mengumpul semangat dari setiap molekul-molekul oxygen dan karbon dioksida dalam bilik tu. (Cehh, ayat poyo). Riana berselawat dan menghembuskan nafas tadi di kedua belah tangannya sebelum disapu ke muka.

Pantas dia turun dari katil. Menapak masuk ke bilik air rumah di kolej kediamannya. Hanya satu lampu di ruang tamu tempat dia biasa solat dan makan bersama seluruh housematenya sahaja  yang bercahaya. Alang-alang dah nak tahajjud ni, buat sekali la sunat hajat. Tengah exam pun sekarang. Sunat istikharah? Ceh,, macam dah nak mintak jodoh pulak rasanya. Tapi bukan ke istikharah tu untuk bantu kita buat pilihan,dan bukan hanya untuk mintak jodoh je kan? Kata-kata tersebut timbul pada minda separa sedarnya. Cepat-cepat dia mengucap istighfar.


 .................................................................................


Tubuh direbahkan ke katil. Kopiah coklat cair di kepala ditarik dan di baling perlahan ke meja kecik di sebelah kepala katil. Cantekkk, landing tepat atas meja. Arghhh.....sengal-sengal dah semua muscle dengan sendi badan ni. Penatnya. Irsyad mengubah posisi meniarap. Kepala dibenam dalam timbunan bantal lembut. Mata dah tak boleh nak bukak dahh!!!

iPhone disebelah bantal berbunyi tanda mesej masuk. Malas-malas tangan meraba mencari telefonnya. Kepala masih tak timbul-timbul dari lautan bantal-bantal. Ekh? Wujud ke ayat tu? Setelah tangan dah mencapai apa yang dirasakan seperti handphone, perlahan kepala diangkat hendak membaca mesej.

"Bro, sorry sangat2 dh caused trouble. Thanks 4 ur help" - Azmi

Irsyad mengeluh panjang. Haihh...nasib baik la kau tu adik member aku. And nasib baik gak papa aku tak melenting tadi. Rashid ni pon satu. Pergi clubbing tak ingat dunia, dah mabuk baru pandai nak susahkan orang. Kalau ikutkan hatinya, tak ingin dia pergi ke tempat-tempat yang banyak mengundang maksiat itu. And kalau bukan Azmi yang bersungguh-sungguh merayu minta tolong tadi, dah dibiarkan sahaja. Satu kerja nak pegi tolong ambil member yang dah mabuk dekat club, hantar balik rumah, pegi balik club ambil kereta dia semula. Nasib baik juga lah kes ini akan dibicarakan esok…kalau tadi juga kes dibuka, memang sah dia tak akan ‘bercinta’ dengan katil malam ni.

“K.” Mesej dihantar. Jarinya menekan aplikasi Musics di skrin telefon. Playlist Night Songs ditekan. Laju jarinya scroll senarai-senarai lagu dalam playlist tersebut. Lagu dipilih secara random. iPhone diletakkan kembali ke katil. Saat mata sudah mulai terpejam, lagu yang dimain di telefon bimbitnya membuatkan dia terbangun kembali. iPhone dicapainya.

“Sejak bila pulak aku masukkan A Whole New World ni? Dah la aku yang main pulak tu.” Ni mesti kes tak sengaja ter-sync lagu tema filem kartun Disney Aladdin versi piano yang pernah dimainkannya hampir sepuluh tahun lepas. Begitulah fikirnya. Kepalanya kembali berlabuh di bantal. Mata menghadap tingkap bilik. Menghayati setiap not-not musik yang tengah bermain di telefon bimbit.  





No comments:

Post a Comment