Kasih Eiffel
Bab 2
“Okay,
so got any more questions?” soal Miss Julia kepada pelajarnya yang tekun
menyalin jawapan yang telah dibincang tadi.
“So kalau takde soalan lagi, class dismiss, but before that, saya ada
something nak bagi ni.” ujar Miss Julia pantas apabila dia melihat ada beberapa
pelajar lelaki yang sudah bangun dari tempat duduk mereka. Dia mencapai beg
tangannya untuk mengeluarkan sesuatu.
Riana mengemas alat tulis yang digunakannya
tadi. Usai memasukkan semua buku dan barang-barang ke dalam beg sandangnya, dia
memerhatikan pensyarah serta mentornya di hadapan yang mencari sesuatu di dalam
beg tangannya. Beberapa saat kemudian, dia mengeluarkan tiga keping surat
berwarna kuning cair. Miss Julia membaca tulisan yang tertera di atas sampul
itu sebelum menghulurkan satu sampul kepada Biha, satu lagi kepada seorang
pelajar lelaki kelasnya dan kad terakhir diserahkan kepadanya. Cepat-cepat
Riana mengambil kad tersebut.
“Fuyyo!! Miss Julia nak kawin dah.”
“Congrates Miss.”
“Lepas ni dah kena panggil Madam Julia
lah.” Seluruh ahli kelasnya seramai 25 orang itu ketawa. Mereka kemudian
mengucapkan tahniah kepada mentor mereka. Riana melihat kad undangan
perkahwinan mereka sebelum memberi kepada ahli kelasnya yang lain. Keadaan di
dalam bilik tutorial BKA 7 itu riuh dengan ucapan tahniah. Ada juga beberapa
rakan sekelasnya yang lain membuat lawak atau saja mengusik mentor mereka. Riana
turut berkongsi kegembiraan.
Mereka mengambil gambar sebagai tanda
kenangan. Sebelum Miss Julia keluar dari bilik tutorial itu, sempat dia
mengucapkan ucapan terima kasih dan mendoakan kejayaan anak didiknya dalam
peperiksaan akhir yang bakal tiba nanti. Riana turut mendoakan kebahagiaan
pensyarahnya itu. Mereka kemudian beredar dari situ untuk ke kelas berikutnya.
Jadual Riana pada hari ini memang agak padat sedikit. Takpelah Riana, sabar
sikit ye. Dah tak lama dah kau nak habiskan Asasi ni. Sabar itu separuh dari
iman. Riana cuba memujuk dirinya sendiri.
........................................................................................................................
Encik Ibrahim duduk termenung ditempat
duduk pemandu kereta. Stereng kereta dipegangnya kemas. Pandangan matanya
merenung tepat ke arah pintu rumah yang tertutup rapi. Fikiran dan hatinya,
hanya Sang Pencipta sahaja yang mengetahui. Sedikit terkejut dengan perkhabaran
terbaru dari pihak hospital. Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta terkuak dari
dalam. Perlahan langkah Encik Ibrahim menuju ke rumahnya. Dia membuka pintu dan
memberi salam sebelum melangkah kaki kanannya memasuki rumah. Dia melabukan
punggungnya diatas sofa di ruang tamu. Merehatkan diri setelah seharian
bekerja. Sunyi sahaja keadaan di rumahnya. Dia memandang gambar keluarga yang
tergantung di dinding. Encik Ibrahim dan isterinya sedang duduk dan seorang
perempuan belasan tahun berdiri dibelakang mereka. Senyumannya terukir.
Rindunya terubat sedikit. Rindu terhadap si isteri yang telah kembali dijemput
Ilahi dan terhadap satu-satunya anak mereka yang kini masih lagi menuntut di
sebuah universiti tempatan.
Jika dahulu, belum sempat dia keluar
dari perut kereta setelah pulang bekerja, si isteri sudah pun menunggu untuk
menyambut kehadirannya di muka pintu. Dihidangkannya pula dengan secawan teh
atau kopi panas. Namun beberapa bulan lalu, keadaan berubah apabila Yang Maha
Esa lebih menyanyangi isterinya. Hati mana yang tidak sedih jika seseorang yang
dicintai pergi meninggalkan diri. Sayu hatinya. Hanya gambar menjadi pengubat
rindu. Saya rindukan awak Zubaidah. Encik Ibrahim bermonolog sendirian.
Lantas dia bangun dan menuju ke kamarnya
di tingkat atas. Mahu bersiap untuk ke masjid bersolat Maghrib dan Isyak
berjemaah. Malam ini juga ada kuliah oleh seorang Ustaz yang tinggi ilmu
agamanya. Terasa rugi dirinya jika tidak merebut peluang untuk duduk di
taman-taman syurga. Tidak mahu menjadikan kerjaya sebagai alasan untuk tidak
melakukan suruhan agama. Dia perpegang kepada prinsip meletakkan agama diatas
urusan lain. Prinsip itu jugalah yang diterapkan kepada anak tunggalnya.
....................................................................................................................................
Riana bangun dan mencapai Kalam Ilahi di
atas meja belajarnya. Dia kemudian duduk semula diatas sejadah. Mengalunkan ayat-ayat
cinta dari Pencipta dengan merdu. Bacaannya diselesaikan dengan membaca surah
Yasin yang diniatkan untuk arwah ibunya. Usai mengalunkan kalamullah, dia
menadah tangan meminta ampun dari Tuhannya. Dititpkan juga doa buat ayahnya
agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan arwah ibunya agar sentiasa
mendapat lindungan Ilahi di alam sana. Gugur air mata Riana mengingatkan insan
yang dirinduinya. Hanya setangkai doa yang mampu diberikan. Dia yakin dengan
maksud sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya : Rasulullah
SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali
dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak
soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
![]() |
| Antara bilik pelajar Palam |
Semoga doanya menjadi bekalan untuk
arwah ibunya. Telekung dan sejadah yang digunakan tadi dilipat kemas. Riana
mengikat rambutnya yang kini sudah mencecah paras bahu. Setelah itu, dia
menghala ke arah ruang tamu apartment kolejnya itu. Kosong sahaja rumahnya yang
memuatkan 8 orang itu. Dia membuka jendela kaca di ruang tamu, membiarkan
angin sepoi-sepoi mengalun lembut rambutnya. Nafasnya ditarik dalam. Segar
sungguh udara di kampus ini. Meskipun Bandar Puncak Alam jauh dari pekan atau
Bandar, namun udara di kawasan tanah tinggi itu cukup bersih dan nyaman. Sesuai
sungguh tempat ini bagi sesiapa yang bergelar pelajar universiti yang
memerlukan ketenangan dalam menuntut ilmu.
Pandangannya memerhati bangunan Fakulti
Pengurusan Perniagaan (FPP) dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) yang bermandi
cahaya pada waktu malam. Terubat rasanya penat yang dirasainya dek kerana
jadual yang agak padat hari ini. Sedang dia melayan lamunannya itu, dia
disergah dari belakang.
![]() |
| Bangunan FSK dan FPP |
“Hah!!! Termenung jauh Cik Kak oi.
Teringat pakwe ekh?? Tak share pun dengan aku. Cer citer, cer citer sape?” soal
Linda, gadis comel yang merupakan rakan serumahnya. Riana cukup senang dengan
perwatakan Linda yang ramah dan mudah mesra dengan semua orang. Kadang kala,
boleh jadi gila gamaknya jika terus melayan kerenah gadis itu.
“Dah Lin, kau tak payah la nak nyakat
sangat Riana tu. Meh sini tolong aku, banyak tau tak aku pegang makanan ni.
Bukan nak tolong.” ujar Ana yang terkial-kial di muka pintu hendak membuka
kasut dengan tangan penuh membawa bungkusan makanan. Pantas Riana dan Linda
mengambil bungkusan tersebut dari tangan Farhana Almy. Farhana ialah rakan
sebilik dengan Linda. Jika Linda seorang yang periang dan mudah mesra dengan
orang disekeliling, Farhana atau lebih senang panggilan Ana pula lebih daripada
itu. Memang dua kali lima mereka berdua ini. Cuma saiz badan saja yang
membezakan mereka. Jika Linda kecil molek, Ana pula tinggi lampai. Bekas atlet
sekolah lah katakan, bisik hari Riana.
“Ekh, 4 bungkus je nasi kau beli Ana?
Yang lain tak nak makan ke?” soal Riana.
“A’ah. Tasha cakap kejap lagi dia naik
makan dengan kita. Dia ada nak hantar handout dekat class rep dia kejap.” balas
Ana sedikit kuat yang sedang membasuh pinggan untuk digunakan bagi
menghidangkan lauk dari arah bilik air. Riana di ruang tamu hanya mengangguk
faham. Lagipun petang tadi ada beberapa housematenya agak kelam-kabut bersiap
untuk menghadiri kelas ganti Dr. Sim malam ini. Ada juga yang awal-awal sudah
makan ekoran ada beberapa assignment yang perlu disiapkan.
“By the way Riana, tadi ikan keli yang
kau nak tu takda lah. Dah habis kot. Tadi aku call kau tak angkat. Tak apa
kan?” soal Linda.
“Eh tak apalah. Tak ada rezeki la tu.”
“Haaa…yang kau tadi dok termenung jauh
tadi ingat mamat mana? Tak nak share dengan aku kan?” balas Linda pura-pura
merajuk.
Nak kenakan aku ke Lin ni? Okay, game
on. “Aku teringat kat Abang Haikal la. Ala, mamat handsome budak Group A7 tu.
Aku dapat rasakan he’s the one for me” Dituturkan kata-kata itu seyakin yang
boleh, takut-takut helahnya dapat dikesan oleh Linda.
Membulat mata Linda memandang Riana.
Riana pon suka kat Haikal? Means, kau ada pesainglah Lin? How could you Riana?
Sungguh dia tidak percaya butir-butir perkataan yang keluar dari bibir rakannya
itu. Melihat Linda yang diam seketika itu, Riana dan Ana yang baru sahaja
keluar ke ruang tamu itu ketawa besar. Linda semakin keliru.
“Tau kau takut Lin? Haaa…baru kenakan
sikit dah terbeliak biji mata. Hahahaha.” balas Ana. Linda menghembus nafasnya
perlahan. Akibat terlalu terkejut, tidak sedar bahawa dia telah menahan nafasnya. “Eh, mana ada. Gimik je tu.
Jadi kan lakonan aku?” balas Linda pantas, cuba menyembunyikan perasaan
malunya. Mereka ketawa kembali.


No comments:
Post a Comment