Sunday, 23 June 2013

Mencari Sebuah Identiti


Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future
 No judging on one's past 
Because it might be your future


Pernah dengar ayat ni? 
  • kalau pernah ---> tahniah
  • kalau tak pernah ---> meh sini ceq nak habaq kat hangpa semua

Image taken from Google



Pernah nampak cover buku ni?? Pernah baca?? Kalau belum, sila-kan lah baca karya agung ni kay?? 

Well, this is the new novel from the famous-amous writer Hlovate aka Hate and Love (sorta lahhh...x ingt sngt). Anthem tajuk dia. Satu tajuk yang cukup untuk bagi makna keseluruhan cerita. Yeke?? Hahah...

The term anthem means either a specific form of Anglican church music, or more generally, a song of celebration, usually acting as a symbol for a distinct group of people, as in the term "national anthem" or "sports anthem". Wikipedia
Tu lah maksud Anthem sebenarnya. Nota-nota music yg boleh dikatakan untuk tujuan spiritual. Kalau dlm case yg Wikipedia bgi nie, untuk tujuan choir kat mana-mana church la. Tapi, daripada maksud anthem ni, Hlovate dgn bijaknya (untuk sekian kalinya) menggunakan frasa ni untuk menghasilkan satu karya yang cukup agung dan mampu menggetarkan jiwa si pembaca.

Novel terbitan Jemari Seni nie membawa satu cerita yg bukan sahaja cerita untuk mengisi masa kosong kita dgn fikiran n angan2 tentang "Owhhh...indahnya hidup kat dunia nie...mcm fairytail" sentiasa. Tapi novel ni membawa satu lembaran baru yg mana mampu memberi suntikan inspirasi dan juga membuka mata hati kita akan mentaliti dan pemikiran msyarakat dunia sekarang yg dah dibentuk oleh dunia sekularisme.
Nur Dania Dashrin, atau lebih dikenali dgn nama Dash. Budak 3rd culture kid, yg mana hidupnya nomad. Berpindah ke merata pelosok dunia sepanjang hidupnya. A westernized young girl yg baru nak belajar erti kehidupan. Yang baru nak meningkat dewasa.
Well, buku nie boleh kata dibahagikan to three parts, which are :
Hari-hari Silam
Hari-hari Selepas Silam
Hari-hari Sebelum Esok
A well developed plot di mana ketiga-tiga parts dalam buku ni are the phases yg dilalui Dash sejak zaman persekolahan to Preparation smpai la ke zaman universiti. Fasa-fasa perubahan diri Dash dalam menetapkan identiti diri. Bukan untuk kembalikan identiti Melayu yg tak pernah wujud dalam diri. Tapi, nak menetapkan identiti dan jati diri Islam yg telah lama dipandang sebelah mata. Nak menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia mampu membawa imej Islam yg suci murni despite all the judgemental yg diterima oleh org sekeliling.

"We act on what we believed in. We're the one who decide on who and what we want to be. We're the one making the choices" - Aleksandr to Dash 
“to be judged of what you were is just unfair as a butterfly being judge while it was a caterpillar” ― HlovateAnthem 
 "Don't be in such a hurry to condemn a person because he doesn't do what you do, or think as you think or as fast. There was a time when you didn't know what you know today - Malcolm X" a word from Haikal to Dash. 


Mencorak jati diri Islam dalam diri Dash mmg agak mencabar. Perlakuan hari-hari silamnya dijadikan alasan untuk cemuhan dlm usaha dan niat diri untuk berubah. Namun, segalanya dikuatkan dalam mencari sinar baru untuk hari-hari sebelum esok.
"The past matters. But only as reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah. The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let the past dictates you." Kak Jiji to Dash.
Hahaha.....rasa cukup kot untuk sinopsis cerita tu. Tapi apa yg menarik minat nak membaca buku ni is how the writer relatekan tajuk Anthem dalam nak membina identiti diri tu sebenarnya. Anthem is "lagu" kalau berdasarkan Wikipedia / Google. But how does "lagu" tu menjadi peranan dalam pembentukan diri dan identiti Nur Diana Dashrin?

Jawapannya is the fundamental thing before a person mengaku yg dia adalah Islam. Jawapannya adalah perkara utama yg menjadi saksi kepada segala perlakuan kita dalam meniti arus kehidupan sebagai seorang muslim dan insyaallah sebagai seorang mukmin. Jawapannya ialah syahadah. Syahadatul Haq.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."
 Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran
 Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran
 SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah. Seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah islamiyyah.
 “Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sina adalah kita perlu melaksankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran. 
dipetik dari :
http://cikgumoon.blogspot.com/2009/11/syahadatul-haq_25.html


 Syahadah mungkin dilihat sebagai satu ungkapan penting dalam menyatakan bahawa seseorang itu sudah menjadi Islam. Tapi, idea daripada Hlovate ni membuatkan saya rasa bahawa kolotnya jika kita rasa ungkapan dua kalimah syahadah itu hanyalah sekadar ungkapan untuk menjadi Islam. Kolotnya jika kita tak mampu berfikir bahawa dengan ungkapan tersebut kita membawa satu tanggungjawab yg besar. Kolotnya jika kita tak mampu nak jadikan Syahadah itu sebagai Anthem atau "lagu" yg sering kita dengar setiap hari.

Saya sendiri rasanya macam tak sanggup nak habiskan bacaan novel Antem ni. Sebab apa? Sebab rasanya setiap satu kata-kata Hlovate dlm novel ni boleh kata dah macam bagi pelempang kuat kat pipi. Ada juga kata-kata Hlovate nie yg buat hati ni rasa mcm dah tak layak hidup kat muka bumi ni kalau sering lalai dan judge org tak tentu pasal. Tapi Alhamdulillah, bacaan Anthem ni selesai juga pada hari yg mulia, which is pada malam Nifsu Syaaban. Jadi, recommended dari saya, sila lah dapat kan jugak buku nie sekarang.

Sebab apa? Sambil kita isi masa dengan penuhkan imaginasi kita pasal kisah hidup Dash, dapat juga kita suburkan hati kita. Dapat juga kita kembalikan hati kita pada fitrah. kerana sesungguhnya, Hlovate dan Anthem merupakan satu novel agung yang banyak isi yg hendak disampaikan. Bukan sekadar cerita-cerita kosong. Thanks Hlovate for sharing this great story with us, and thanks to my friends yg recommend saya utk baca novel ni.

Sekian,
Salam Nifsu Syabaan
Salam Ramadhan yg bakal menjelang.

Assalamualaikum. :')

No comments:

Post a Comment