Saturday, 29 June 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 6



Kereta merah mula memasuki perkarangan rumah agam yang tersergam indah itu. Enjin kereta cepat-cepat dimatikan setelah di parkir di garaj. Langkah pemandu kereta tadi laju ke arah pintu rumah dengan penuh berhati-hati. Takut juga kalau-kalau penghuni rumah tersebut terjaga. Pintu rumah yang dikuak dari luar itu menghasilkan bunyi berkeriut perlahan. Pintu rumah ditolak seperlahan boleh. Lagi perlahan rasanya dari pergerakan sang kura-kura. Ekh?

Setelah dikunci semula pintu tadi, langkah mula kembali menuju ke arah tangga. Fuhhhhh.....nasib baik semua dah tidur. Nahas aku kalau papa ada. Dia kemudian menaiki dua anak tangga dalam satu masa. Cepat-cepat!!! Baru sahaja tangan mahu mencapai tombol pintu bilik, satu suara berdehem di belakang membatalkan niatnya. Kenal sungguh dia dengan suara tu. Ton nada pulak series dengar macam ape jer...seram bhaiii gua kalau dah keluar tone macam tu. Dia mengambil masa untuk memaling ke belakang.

Mata bertemu mata. Pantas dia memalingkan muka ke arah lain. Tak sanggup dah rasanya nak tenung lama-lama muka tu!!! Irsyad menelan air liur yang terasa perit dah apabila melalui kerongkongnya. "Hi pa, sorry lambat balik. Ichad masuk dulu ok. Salam, nite"

Sekali lagi Dato' Iskandar berdehem. Kali ni lagi series bunyinya. Fuhhh....tarik nafas....1..2...3...lepaskan. Mata menjeling ke arah jam tangan. Okay, means I'm SOOO dead. And busted too!!!

"Okay pa, first I had no idea sekarang dah almost 3. And I got a solid reason okay?"

"Dah solat ke belum ni?" Nada suara Dato' Iskandar sedikit kurang ketegangannya. Tapi still adalah ke-serius-an dalam soalan dia tadi. Jap, wait.....aku salah dengar ke ape? Warranty telinga ni lama lagi kot aku rasa.

"Ermmm....dah?" balas Irsyad sedikit kehairanan. "Isyak belum" cepat dia menambah sebelum Dato' Iskandar sempat membuka mulut.

"Masuk bilik. Mandi. Solat. Tidur." Sepatah-sepatah arahan CEO Syarikat gergasi tanah air itu diterimanya. Irsyad masih tidak berganjak sedikit pun. Masih lagi terpempan dengan reaksi papanya. Is he alright? Dato' Iskandar mula mengatur langkah menuju ke arah tangga. Baru sahaja menuruni anak tangga yang pertama, pandangannya naik semula ke arah putera sulungnya. "We'll discuss this tomorrow." Tegas nada suaranya.

Tiada kata yang mampu dituturkan lagi. Kelu, beku, frozen dah lidah Irsyad. Tapi rasanya dah frozen seluruh tubuhnya kot. Kaku sekejap Irysad di muka pintu biliknya. Pelik papanya tak melenting tadi. Tapi kalau difikir balik dengan akal waras yang masih boleh digunakan ni, tak logik kot nak marah anak tengah-tengah malam. Better settlekan esok. Marah dah reda, akal pon boleh bertindak rasional kan? Puihhh...nasib kau la selamat malam ni....esok? Dah boleh mintak orang tolong galikan kubur kot. Arhhh sudah, nak mati sangatlah kalau Isyak pon tak lagi? Pintu bilik dibuka dan Irsyad terus menuju ke bilik air.


...........................................................................................


Tangan meraba-raba di bawah bantal. Mana ni? Mana ni? Arghh....bisingnya alarm ni. Setelah beberapa ketika, barang yang dicari dijumpai. Cepat-cepat Riana matikan penggera yang berbunyi. Takut nanti Syida, rakan sebiliknya terbangun. Mata dikecilkan. Skrin telefon didekatkan. Cahaya telefon bimbitnya menyimbah mukanya dengan cahaya malap.

3.08 a.m

Lengan tangan kiri yang tidak memegang telefon bimbit menutup kembali matanya. Malasnya nak bangun. Dah lama "cuti" buat tahajjud,  bila nak buat balik dah malas rasanya. Tak apa kot kalau hari tak buat. Penatnya. Dah la semalam exam final Physics. Pagi tadi sampailah ke waktu Maghrib pulak duk pulun buat soalan-soalan Maths. Fuhhh...boleh sakit kepala benda kira-kira ni. Memang susah sikit nak terima dek akal seni ni benda-benda camni.

Saat mata hendak dipejam semula, pantas Riana duduk di atas katil. Ishh....ni tak boleh jadi ni. Dugaan semua ni. Jangan kau dengar semua hasutan dan bisikan dusta mereka-mereka ni Riana! Lawan-lawan. Fight, fight!!! Nafas ditarik perlahan, bagai cuba mengumpul semangat dari setiap molekul-molekul oxygen dan karbon dioksida dalam bilik tu. (Cehh, ayat poyo). Riana berselawat dan menghembuskan nafas tadi di kedua belah tangannya sebelum disapu ke muka.

Pantas dia turun dari katil. Menapak masuk ke bilik air rumah di kolej kediamannya. Hanya satu lampu di ruang tamu tempat dia biasa solat dan makan bersama seluruh housematenya sahaja  yang bercahaya. Alang-alang dah nak tahajjud ni, buat sekali la sunat hajat. Tengah exam pun sekarang. Sunat istikharah? Ceh,, macam dah nak mintak jodoh pulak rasanya. Tapi bukan ke istikharah tu untuk bantu kita buat pilihan,dan bukan hanya untuk mintak jodoh je kan? Kata-kata tersebut timbul pada minda separa sedarnya. Cepat-cepat dia mengucap istighfar.


 .................................................................................


Tubuh direbahkan ke katil. Kopiah coklat cair di kepala ditarik dan di baling perlahan ke meja kecik di sebelah kepala katil. Cantekkk, landing tepat atas meja. Arghhh.....sengal-sengal dah semua muscle dengan sendi badan ni. Penatnya. Irsyad mengubah posisi meniarap. Kepala dibenam dalam timbunan bantal lembut. Mata dah tak boleh nak bukak dahh!!!

iPhone disebelah bantal berbunyi tanda mesej masuk. Malas-malas tangan meraba mencari telefonnya. Kepala masih tak timbul-timbul dari lautan bantal-bantal. Ekh? Wujud ke ayat tu? Setelah tangan dah mencapai apa yang dirasakan seperti handphone, perlahan kepala diangkat hendak membaca mesej.

"Bro, sorry sangat2 dh caused trouble. Thanks 4 ur help" - Azmi

Irsyad mengeluh panjang. Haihh...nasib baik la kau tu adik member aku. And nasib baik gak papa aku tak melenting tadi. Rashid ni pon satu. Pergi clubbing tak ingat dunia, dah mabuk baru pandai nak susahkan orang. Kalau ikutkan hatinya, tak ingin dia pergi ke tempat-tempat yang banyak mengundang maksiat itu. And kalau bukan Azmi yang bersungguh-sungguh merayu minta tolong tadi, dah dibiarkan sahaja. Satu kerja nak pegi tolong ambil member yang dah mabuk dekat club, hantar balik rumah, pegi balik club ambil kereta dia semula. Nasib baik juga lah kes ini akan dibicarakan esok…kalau tadi juga kes dibuka, memang sah dia tak akan ‘bercinta’ dengan katil malam ni.

“K.” Mesej dihantar. Jarinya menekan aplikasi Musics di skrin telefon. Playlist Night Songs ditekan. Laju jarinya scroll senarai-senarai lagu dalam playlist tersebut. Lagu dipilih secara random. iPhone diletakkan kembali ke katil. Saat mata sudah mulai terpejam, lagu yang dimain di telefon bimbitnya membuatkan dia terbangun kembali. iPhone dicapainya.

“Sejak bila pulak aku masukkan A Whole New World ni? Dah la aku yang main pulak tu.” Ni mesti kes tak sengaja ter-sync lagu tema filem kartun Disney Aladdin versi piano yang pernah dimainkannya hampir sepuluh tahun lepas. Begitulah fikirnya. Kepalanya kembali berlabuh di bantal. Mata menghadap tingkap bilik. Menghayati setiap not-not musik yang tengah bermain di telefon bimbit.  





Tuesday, 25 June 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 5


“Arghhhhhhh”

“Tirah, kau dah kenapa ni?” soal Qira.

“Entah, tiba-tiba jer menjerit macam apa. Nasib baik tak kuat. Kalau tidaakk, konferm la buat malu je aku duduk sekali kat sini sekali dengan kau.” Fisya membalas sambil mata merayap ke sekeliling Café Rafflesia. Fuhhh, nasib baik tak ada orang sangat hari ni.

“Tak adalah, stress tau buat soalan ni. Dari tadi kotttttt!!” Nafas panjang dilepaskan. Tangan menyelak halaman buku Physics Walker manakala yang sebelah lagi, duk  mengusap-ngusap kepala yang dah serabut mencari jawapan sejak tadi. Urghh, Physics isn’t my thing!!

“Kalau ya pun kalut, toksah laaa nak buat bingit kat café ni.”

“Ishhh, korang ni apa la. Dah-dah, aku rasa better kita rest for a while k? Lagipun dah nak pukul dua kot. My stomach dah crying for food dah ni. Kita lunch dulu okay?” Pantas Riana memberi cadangan tersebut sebelum penangan bom suara Qira menjadi santapan tengaharinya. Ni lah padahnya kalau duk study tak berhenti-henti dari pagi. Cehhh, ayat macam tengah pulun habis untuk final. Padahal, berbual yang lebih selama 4 jam mereka berlima berjumpa di Café Rafflesia.

Haih, masa. Kau memang tak pernah nak tunggu orang kan? Pejam celik, pejam celik, lagi 3 minggu je dah nak habis Asasi. Ishhh, Riana, Riana. Dah nak final exam, tapi study ke mana, revision ke mana? Kelaut semua tu. Andai diberi sedikit masa. Cehhh, nak berapa banyak masa lagi. Selama ni kau yang banyak leka, nak salah kan siapa tu? Okay, cukup la kutuk diri sendiri. Betul juga kata-kata Pak Arab di mana “Waktu itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.” Selama ni tak pernah terlintas nak hargai masa, so saki-baki yang ada ni, kena la struggle sikit kalau nak result yang gempak. Well, ada usaha adalah kejayaan, ye dak??

“Ha-ha. Ni yang aku suka. Terbaik la kau Riana.”
“Huhuhu…double thumbs-up for you my dear.”


.................................................................................................


Headphone di kepala. Wayarnya pula bersambung ke MacBook Pro 13 inci di atas meja belajar. Playlist di iTunes sedang memainkan lagu Radioactive – Imagine Dragons yang hampir ke penghujungnya. Mata tegak tertumpu ke arah buku tebal yang dipegang. Fikiran…itu yang menjadi masalah. Fikirannya dah melayang, meluncur laju di segenap ruang bilik tidur yang besar itu. Kelajuan, perghh…boleh mencecah 300km sejam tau!!

Lagu kini bertukar. Daripada Radioactive kepada Daylight nyanyian Maroon 5. Buku di tangan di letak atas meja. Volume dikuatkan. Jari jemari mula mengetuk meja mengikut rentak. Tidak lama selepas itu, kaki juga sudah mula mengikut irama lagu. Mulut? Arhhhh, tak usah dicerita, memang dah turut sama menyanyikan lirik lagu tersebut. Mata kejap-kejap berpaling ke arah buku dan skrin laptop.

Mood sekarang : Study à Konsert from Superstar Irsyad !!!!

Pffft…berangan nak jadi superstar. Suara setakat juara toilet, superstar apanya!! Eh, rendah sangat tu. Okey pembetulan, suara level toilet hotel. Baru ada gaya sikit. Hahah…pape jelah Ichad oiii!! Mata kembali singgah pada skrin MacBook. Ditenung lama skrin itu. Menunggu masa yang sesuai. Okey, ready, 1…2…3…

“Yang kau dah macam penyamun masuk bilik aku ni kenapa?”

Langkah Farah mati beberapa inci dari kerusi Irsyad. Bibir mengukir senyum tawar. Spoil la brother aku ni. Pasang CCTV ke boleh tau aku masuk bilik? Pandangannya kemudian beralih ke setiap sudut siling bilik tidur Irsyad.

“Ehem…makcik. Boleh saya tolong?” Soalan kedua dah diaju. Minah ni kalau tak faham nada sarkastik aku, memang sah la dia ni sewel. Habis terencat aku nak berangan buat konsert kat Albert Hall London. Puihhh, angan-angan tak bertempat.  

Farah duduk di birai katil. Bantal peluk dicapai dan di bawa ke riba. “Abang pasang CCTV ke dalam bilik? Camne leh tau Farah masuk? Padahal headphone meletak kat telinga tu.” Abang aku ni pakai ilmu sihir ke? Tak ada pulak CCTV ke ape dalam bilik. Nafas Irsyad yang ditahan tadi dilepaskan. Headphone di kepala di letak di leher.

“Ever heard of reflection?”
“Owh…nampak ekh kat lappy tu?”
“Ni ada ape ni? Pelik bin ajaib jer kau masuk bilik aku ni”

“Tak adalah, tadi Farah nak turun bawah, pastu tiba-tiba dengar ada konsert live. Tu yang menyinggah jap tu”, balas Farah dengan riak bersahaja. Sempat juga dihadiahkan dengan “senyuman termanis” buat abang sulungnya.

Sebelah kening diangkat. Mata bertemu mata. Suasana dalam bilik senyap. Hanya lagu dari headphone yang sayup-sayup kedengaran. Irsyad mencari jawapan dalam mimik muka Farah. Owh…okay, kali ni konferm nak mintak satu benda ni.  

“Nak pergi mana?”

Another spoiler. Dia ni memang sah bela jin. Semua benda dia tahu. Anti betul hati ni kalau nak pinjam kereta abang aku ni lah. Susah betul. Ada je benda nak tanya. Pantang tengok orang senang sikit.

“Keluar. Dengan kawan”
“Pakai macam tu?”

Mata Farah jatuh pada badannya. T-shirt putih bertulis ‘Shut Up Boys’, cardigan kasual hitam berbutang di bahagian dada dan seluar jeans berwarna pudar. Rambut ikal yang melepasi bahu di dibiarkan lepas. Okay what aku pakai!

“Bukan orang nak pegi mana pun. Jalan-jalan Mid jer”


Irsyad mencapai kunci kereta yang diletak di hujung meja bersama iPhone hitamnya. Kunci kereta dilempar ke arah adiknya. Cepat-cepat disambut oleh Farah. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu bilik. Sebelum keluar, sempat dia memberikan flying kiss ke arah Irsyad. Alahai adik aku sorang ni, tahu la baru 18 tahun, takkan la nak act childish lagi kot. Headphone diletak kembali ke telinga. Fokusnya kini kepada lagu yang sedang dimain. Ahhhhh, Treasure – Bruno Mars. 

Sunday, 23 June 2013

Mencari Sebuah Identiti


Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future
 No judging on one's past 
Because it might be your future


Pernah dengar ayat ni? 
  • kalau pernah ---> tahniah
  • kalau tak pernah ---> meh sini ceq nak habaq kat hangpa semua

Image taken from Google



Pernah nampak cover buku ni?? Pernah baca?? Kalau belum, sila-kan lah baca karya agung ni kay?? 

Well, this is the new novel from the famous-amous writer Hlovate aka Hate and Love (sorta lahhh...x ingt sngt). Anthem tajuk dia. Satu tajuk yang cukup untuk bagi makna keseluruhan cerita. Yeke?? Hahah...

The term anthem means either a specific form of Anglican church music, or more generally, a song of celebration, usually acting as a symbol for a distinct group of people, as in the term "national anthem" or "sports anthem". Wikipedia
Tu lah maksud Anthem sebenarnya. Nota-nota music yg boleh dikatakan untuk tujuan spiritual. Kalau dlm case yg Wikipedia bgi nie, untuk tujuan choir kat mana-mana church la. Tapi, daripada maksud anthem ni, Hlovate dgn bijaknya (untuk sekian kalinya) menggunakan frasa ni untuk menghasilkan satu karya yang cukup agung dan mampu menggetarkan jiwa si pembaca.

Novel terbitan Jemari Seni nie membawa satu cerita yg bukan sahaja cerita untuk mengisi masa kosong kita dgn fikiran n angan2 tentang "Owhhh...indahnya hidup kat dunia nie...mcm fairytail" sentiasa. Tapi novel ni membawa satu lembaran baru yg mana mampu memberi suntikan inspirasi dan juga membuka mata hati kita akan mentaliti dan pemikiran msyarakat dunia sekarang yg dah dibentuk oleh dunia sekularisme.
Nur Dania Dashrin, atau lebih dikenali dgn nama Dash. Budak 3rd culture kid, yg mana hidupnya nomad. Berpindah ke merata pelosok dunia sepanjang hidupnya. A westernized young girl yg baru nak belajar erti kehidupan. Yang baru nak meningkat dewasa.
Well, buku nie boleh kata dibahagikan to three parts, which are :
Hari-hari Silam
Hari-hari Selepas Silam
Hari-hari Sebelum Esok
A well developed plot di mana ketiga-tiga parts dalam buku ni are the phases yg dilalui Dash sejak zaman persekolahan to Preparation smpai la ke zaman universiti. Fasa-fasa perubahan diri Dash dalam menetapkan identiti diri. Bukan untuk kembalikan identiti Melayu yg tak pernah wujud dalam diri. Tapi, nak menetapkan identiti dan jati diri Islam yg telah lama dipandang sebelah mata. Nak menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia mampu membawa imej Islam yg suci murni despite all the judgemental yg diterima oleh org sekeliling.

"We act on what we believed in. We're the one who decide on who and what we want to be. We're the one making the choices" - Aleksandr to Dash 
“to be judged of what you were is just unfair as a butterfly being judge while it was a caterpillar” ― HlovateAnthem 
 "Don't be in such a hurry to condemn a person because he doesn't do what you do, or think as you think or as fast. There was a time when you didn't know what you know today - Malcolm X" a word from Haikal to Dash. 


Mencorak jati diri Islam dalam diri Dash mmg agak mencabar. Perlakuan hari-hari silamnya dijadikan alasan untuk cemuhan dlm usaha dan niat diri untuk berubah. Namun, segalanya dikuatkan dalam mencari sinar baru untuk hari-hari sebelum esok.
"The past matters. But only as reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah. The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let the past dictates you." Kak Jiji to Dash.
Hahaha.....rasa cukup kot untuk sinopsis cerita tu. Tapi apa yg menarik minat nak membaca buku ni is how the writer relatekan tajuk Anthem dalam nak membina identiti diri tu sebenarnya. Anthem is "lagu" kalau berdasarkan Wikipedia / Google. But how does "lagu" tu menjadi peranan dalam pembentukan diri dan identiti Nur Diana Dashrin?

Jawapannya is the fundamental thing before a person mengaku yg dia adalah Islam. Jawapannya adalah perkara utama yg menjadi saksi kepada segala perlakuan kita dalam meniti arus kehidupan sebagai seorang muslim dan insyaallah sebagai seorang mukmin. Jawapannya ialah syahadah. Syahadatul Haq.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."
 Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran
 Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran
 SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah. Seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah islamiyyah.
 “Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sina adalah kita perlu melaksankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran. 
dipetik dari :
http://cikgumoon.blogspot.com/2009/11/syahadatul-haq_25.html


 Syahadah mungkin dilihat sebagai satu ungkapan penting dalam menyatakan bahawa seseorang itu sudah menjadi Islam. Tapi, idea daripada Hlovate ni membuatkan saya rasa bahawa kolotnya jika kita rasa ungkapan dua kalimah syahadah itu hanyalah sekadar ungkapan untuk menjadi Islam. Kolotnya jika kita tak mampu berfikir bahawa dengan ungkapan tersebut kita membawa satu tanggungjawab yg besar. Kolotnya jika kita tak mampu nak jadikan Syahadah itu sebagai Anthem atau "lagu" yg sering kita dengar setiap hari.

Saya sendiri rasanya macam tak sanggup nak habiskan bacaan novel Antem ni. Sebab apa? Sebab rasanya setiap satu kata-kata Hlovate dlm novel ni boleh kata dah macam bagi pelempang kuat kat pipi. Ada juga kata-kata Hlovate nie yg buat hati ni rasa mcm dah tak layak hidup kat muka bumi ni kalau sering lalai dan judge org tak tentu pasal. Tapi Alhamdulillah, bacaan Anthem ni selesai juga pada hari yg mulia, which is pada malam Nifsu Syaaban. Jadi, recommended dari saya, sila lah dapat kan jugak buku nie sekarang.

Sebab apa? Sambil kita isi masa dengan penuhkan imaginasi kita pasal kisah hidup Dash, dapat juga kita suburkan hati kita. Dapat juga kita kembalikan hati kita pada fitrah. kerana sesungguhnya, Hlovate dan Anthem merupakan satu novel agung yang banyak isi yg hendak disampaikan. Bukan sekadar cerita-cerita kosong. Thanks Hlovate for sharing this great story with us, and thanks to my friends yg recommend saya utk baca novel ni.

Sekian,
Salam Nifsu Syabaan
Salam Ramadhan yg bakal menjelang.

Assalamualaikum. :')

Sunday, 16 June 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 4


“Class, nanti lepas habis lecture tunggu jap dekat dalam lecture hall k?” – Anis

Mesej yang Riana baru terima dibaca pantas. Takut kalau-kalau ada perubahan jadual hari ini. Sudahlah dia bangun lewat tadi. Inilah padahnya kalau sambung tidur lepas subuh. Baru sekarang kau nak gelabah Riana! Jam di telefon Samsung Acenya sudah menunjukkan hampir pukul 10.15 pagi. Kelas pertamanya pula bermula pukul 10.30. Arghhhh, mati kau Riana!!!

Dia hanya sempat mengenakan T-shirt biru muda berlengan panjang dan seluar hitam palazzo. Salah satu bajunya yang tidak perlu digosok apabila hendak dipakai. Dipadankan pula dengan tudung bawal bercorak bunga kecil berwarna kelabu cair. Ala kadar saja dia bersiap hari ini. Takut terlewat sampai kelas nanti. Sudah la pensyarah subjek BEL 311* agak garang. Nanti tak pasal-pasal kau kena ceramah free, lagi teruk kau yang kena bagi ceramah depan kelas, hati kecil Riana berbicara. Pantas dia mengambil beg sandangnya dan terus meluru keluar dari rumahnya. Pintu rumahnya pula tidak dikunci kerana Tasha, rakan serumahnya tidak ada kelas pada hari ini.  

Hampir 15 minit Riana berjalan dari kolej kediamannya di Blok R3 hinggalah ke Bangunan Fakulti Farmasi 3 (FF3). Nak buat camne lagikan? Dah student asasi tak boleh bawa kereta ke kolej, terpaksalah menapak turun tangga “maut” tu kalau hendak ke fakulti. Menapak turun tu takpa la lagi, boleh la dia consider sikit, menapak naik? Minta ampun sangat-sangat. Boleh tercabut lutut dibuatnya. Sebab itulah Riana lebih gemar menaiki bas RapidKL yang sentiasa ulang-alik di dalam kampus itu dengan bayaran RM 1 apabila tamat kelas. Much better bayar RM 1 dari penat-penat naik tangga yang kononnya tangga “kejayaan” itu. Cliché sungguh nickname nak bagi student semangat belajar.  

Dia melajukan langkah menuju ke DKF 8 dimana kelasnya akan diadakan. Namun langkahnya diperlahankan apabila melihat hampir semua ahli kelasnya masih menunggu di kaki lima berhadapan dengan dewan kuliah tersebut. Peliknya dah hampir 10.40 tapi kelas tak start lagi?

“Hoi, lambat giler kau sampai. Ingatkan tak datang kelas terus pagi ni.” ujar Qira dari jauh lagi. Qira sememangnya begitu. Kalau bercakap, satu kolej boleh dengar suara dia. Dia juga ramah sungguh dengan semua. Mungkin itu jugalah yang menyebabkan Qira mudah disenangi oleh orang ramai termasuklah pensyarah-pensyarah mereka. Berbeza sungguh jika dibandingkan dengan dirinya yang lebih bersifat pendiam dan malu-malu itu.

Seperti selalu, Biha, Fisya dan Tirah juga sentiasa bersama Qira. BFF lah katakan. Fisya duduk bersebelahan dengan Tirah di sebuah bangku di kaki lima itu. Masing-masing sibuk menghadap skrin telefon bimbit mereka. Teens nowadays with technology! Fisya seperti selalu leka dengan Twitternya, manakala Tirah pula sentiasa mengemaskini aplikasi Instagram apabila ada masa terluang. Dia merapati sahabat karibnya.

“Ish kau ni Qira, tak kan la sampai tak datang kelas. Lambat bangun je, takde lah sampai terlajak kelas kan?”

“Itu pun nasib baik kita yang kejutkan. Kalau tak, tengahari lah baru bangun agaknya.” Biha saja mengusik rakannya itu. Riana hanya tersenyum. Ya, mujurlah Biha call dia pagi tadi. Kalau tak, mungkin dia masih lagi lena dibuai mimpi agaknya.

Hey guys, I just received a message from Madam. Dia cakap she can’t make it to class today sebab ada important things to do. So, that means, class cancel. And she said sorry cause didn’t tell earlier.” Zura, wakil kelas daripada kelas F1 itu memberitahu kepada semua pelajar yang sedang menunggu di hadapan dewan kuliah. Sejak daripada semester pertama lagi, subjek BEL disini diajar dengan menggabungkan dua buah kelas. Mungkin kekurangan pensyarah dalam subjek itu. Malahan, hampir kesemua pensyarah subjek Bahasa Inggeris itu di ambil daripada UiTM Shah Alam.

So for Kelas F2 pula, just stay here. Kita tunggu kelas dekat dalam tu keluar, then kita masuk sebab Anis ada something nak bagi tahu.” cepat Faiz, wakil kelas Riana memberitahu. Takut-takut ada antara mereka yang sudah pergi memandangkan kelas baru sahaja dibatalkan. Setelah beberapa minit ahli kelasnya yang seramai 25 orang itu menunggu, akhirnya mereka mengambil tempat duduk di dalam DKF 8 itu. Dewan tersebut tidaklah sebesar mana, hanya cukup untuk dua buah kelas sahaja, jika hendak dibandingkan dengan DKF yang lain.

Anis, bendahari kelas mereka berdiri di hadapan dewan tersebut memerhati rakan-rakannya mengambil tempat duduk. Setelah itu, dia membuka bicara. “Hi, guys. Sebenarnya tak adalah benda penting sangat pun nak cakap. Just one simple bad news. Actually, our class trip had just been cancelled. Baru tadi jumpa ngan Miss Julia, then she said yang Pusat Asasi tak bagi kita pegi trip because lagi sebulan nak final kan? So, Miss Julia suruh buat aktiviti lain dalam kampus jer to exchange with the trip. So, any ideas?”

Suara-suara sumbang mula kedengaran. Class trip dah kena cancel, siapa yang suka? Dahla memang plan right before exam untuk cari ketenangan. Tapi sekarang ni? Ape kes ni? Faiz mula masuk campur. Keadaan juga cuba ditenangkan sedikit. Setelah beberapa ketika, ahli kelasnya mula memberi cadangan. Ada yang minta hendak buat barbeque, ada juga yang suruh buat majlis makan-makan di Setia City Mall berhampiran. Namun, akhirnya, persetujuan dicapai juga. Mereka akan mengadakan jamuan akhir di Pendeta Café yang berada di kawasan Satelit B Kampus Puncak Alam itu. Simple, easy and makanan pon not bad gak lah kat situ. Bercakap pasal makanan, perut Riana mula memainkan alunan dan irama keroncong. Sabar ye perut, nanti aku bagi kau makan.

.................................................................................................................


Licin makanan di pinggan. Air laici bergelas besar diambil sebelum penyedut minuman dibawa ke bibir. Ahhhhhh…segarnya dapat minum air sejuk tengah-tengah panas ni. Tangan kemudian diangkat memberi isyarat untuk membayar harga makanan tadi. Setelah itu, Encik Ibrahim bangun dan langkah terus diatur menuju ke tempat keretanya.

Getaran di poket kanan dirasainya. Pantas tangannya menyeluk saku kanan untuk mengeluarkan telefon bimbit. Pandangan tertumpu pada skrin telefon tatkala dia sedang melintas jalan. Tiba-tiba, bunyi hon kereta menyebabkan langkahnya terhenti. Berderau darahnya apabila dilihat dirinya hampir-hampir sahaja disondol dengan kereta BMW 3 Series ActiveHybrid yang berhenti betul-betul di hadapannya.

Encik Ibrahim kaku sebentar. Terkejut. Peluh dingin sudah mula membasahi belakangnya. Mujur sahaja dia tidak dilanggar tadi. Itulah, lain kali tengok kiri, tengok kanan tengok kiri dulu sebelum melintas. Orang dewasa pun kena praktikkan kan tau, bukan kanak-kanak sahaja. Dadanya yang tadi sedikit berombak kian reda. Pemandu kereta BMW tersebut keluar dari tempat duduk pemandu. Muka pemandu tersebut yang kira-kira dalam pertengahan umur 50 tahun itu juga agak pucat.

“Maafkan saya Encik. Saya tak sengaja tadi”

“Eh, tak apa. Salah saya sebenarnya. Saya minta maaf.”  

Belum sempat lelaki tua tadi membalas, pintu kereta belakang dikuak dari dalam. Dua-dua kepala terus menoleh kearah pintu pemandu yang terbuka. Seorang lelaki kemas berpakaian kemeja dan kot hitam muncul keluar dari kereta. Umurnya lebih kurang sebaya dengan Encik Ibrahim. Mungkin tua atau muda setahun sahaja.

“Ada apa-apa ke? Encik tak apa-apa?” soal lelaki tersebut. Suara yang terkeluar dari mulut lelaki itu agak lembut, tapi ada juga nada ketegasan dalamnya. Lelaki tersebut merenung Encik Ibrahim. Begitu juga dengan Encik Ibrahim. Masing-masing memandang dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsir. Seperti ku kenal rupa ini.

“Encik ni, Ibrahim ke? Weh Berahim, ni aku lah, Is.”

“Ya Allah, kau ke Is? Patutlah macam aku kenal.” Langkahnya terus menuju ke arah Dato’ Iskandar dan mereka terus berjabat tangan. “Lama gile aku rasa tak jumpa kau. Makin maju sekarang aku tengok.”

 Haha. Ibrahim, Ibrahim. Dah jadi bapak orang pun perangai tak berubah. Kalau jumpa kawan, macam budak-budak remaja sahaja percakapannya. “Eh, kau nak kemana ni? Jomlah borak-borak jap, minum-minum dulu. Dah lama aku tak jumpa kau ni. Berapa tahun ekh?”

Ya, sudah lama benar rasanya mereka tak berjumpa. Sudah hampir 10 tahun juga tidak bersua muka. Masing-masing sibuk dengan hal kerjaya dan perniagaan. Meskipun dia sekarang kena bergegas ke hospital untuk temujanji dengan Doktor Rafizul, namun ajakan Dato’ Iskandar tadi agak berat hendak ditolaknya. Maklumlah, member yang dah lama tak jumpa. Akhirnya dia bersetuju dengan pelawaan Dato Iskandar.  


*BEL 311 is the English Language subject being thought to Asasi Sains and Asasi Engineering for UiTM students in semester 2.

**Sorry kalau cam terabur je plot kali ni....actually bnyk gak la diedit, ditulis, diedit balek before post...but this is what I got..so do comment kot mane-mane nak kne improvekan ke....pape pon Enjoy :D

Monday, 10 June 2013

Kasih Eiffel : Part I


Kasih Eiffel
Bab 3


Doktor Rafizul menghulur sepucuk surat kepada Encik Ibrahim yang berada di hadapannya dengan berat hati. Namun dia harus akur dengan kerjayanya sebagai seorang doktor yang memerlukannya bersikap profesional. Anak matanya melontar pandangan pada Encik Ibrahim yang perlahan-lahan membuka surat tadi. Keadaan didalam bilik itu agak sunyi. Diamati dengan teliti gerak-geri pesakitnya itu. Dia harus bijak menilai situasi agar perkara yang hendak disampaikan nanti dapat diterima dengan ikhlas. Encik Ibrahim membaca isi surat yang diterima tadi. Selang beberapa saat kemudian, matanya kembali menatap wajah Doktor Rafizul.

“Hmm, maaf doktor tapi, boleh tak doktor terangkan serba sedikit fasal surat ni? Saya tak berapa faham sebenarnya.” ujar Encik Ibrahim sambil mengukir seyuman tawar dibibirnya. Dia seakan mengerti bahawa apa yang bakal disampaikan oleh doktor tersebut tidak akan sedap didegar. Tengok saja riak muka doktor itu dia sudah mengerti.  

Perlahan Doktor Rafizul membetulkan cermin matanya. Masih mencari kata-kata. Dari tadi dia buntu. Takut, risau kata-katanya tidak sampai ke tahap penerimaan pesakitnya. Dia kemudian menghela nafas panjang dan mula menerangkan keadaan sebenar kepada Encik Ibrahim.

 ..................................................................................................................

Baju kemeja biru kasual disarung ke tubuh. Dua butang baju yang paling atas dibiarkan terbuka. Baru stylo camni. Hair wax jenama Gatsby disapu ke rambutnya yang agak panjang tetapi masih kemas. Setelah agak berpuas hati dengan penampilan diri, diambil pula kunci kereta dan telefon bimbit jenama iPhone di atas meja solek. Langkahnya laju menuju ke arah pintu bilik. Pantas dia berlari menuruni anak tangga menuju ke pintu utama rumah banglonya. Belum sempat pintu dikuak dari dalam, dia disapa oleh suara lelaki.

“Ha Icad! Kamu nak ke mana tu?”

Langkahnya mati tiba-tiba. Peluh dingin juga mengalir. You are so busted! Dia mengalih pandangan kepada pemilik suara yang menegurnya tadi. Senyuman cuba diukir. “Ekh, papa. Awal papa bangun arini?” soalnya. Bergetar juga suara dia tatkala mengajukan soalan tadi.

Dato Iskandar memandang ke arah jam tangan Tag Heuernya. 12.17 tengahari. Awal sangat ke aku bangun hari ini? Kepalanya digaru meskipun tidak gatal. Mata Dato’ Iskandar menatap kembali susuk tubuh anak pertamanya itu. Segak betul anak lelakinya mengenakan pakaian itu. Tampan dan ………. dan kemana dia nak pegi time-time macam ni?

“Jam papa rasanya dah pukul 12 lebih. Awal ke papa bangun hari ini?”

“Ekh yeke pa? Dah pukul 12 ke? Ichad ingat baru pukul 10 lebih” balasnya bersahaja. Suka dia bergurau dengan papanya. The best, coolest and the most sporting daddy in the world sebenarnya Dato’ Iskandar ini.

“Ni nak kemana ni pakai smart-smart ni?”

Smart ke papa? Yelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, tidak begitu Dato’ Iskandar? Hahaha, papa ni pon, puji sikit senyum lebar memanjang. Ichad gerak dulu okay. Nak keluar jap” balas Irsyad bersahaja lantas menuju ke arah papanya hendak bersalaman.

Dato’ Iskandar menyambut tangan anaknya, dan menarik semula tangan Irsyad apabila terpandang sesuatu di tangan anaknya. “Ni keluar ni kenapa bawak kereta papa?” Ditariknya kunci kereta Audi R8 Coupe dari genggaman Irsyad.



Kereta Baru Dato' Iskandar



Sumber Google Image

Damn, dia perasan pulak! Baru nak action sikit dengan member-member ada kereta baru. “Errr…kereta Ichad…err…air-cond dia rosak papa. Panas nak drive kereta tu.” Tibai jelah alasan tu! Yang penting aku kena jugak drive Audi baru papa.

“Rosak? Pagi tadi papa, mama dengan Farah pergi jogging kat taman depan tu bawak kereta kamu elok je rasanya. Takda pulak rasanya air-cond tak function.” Pagi Ahad sudah menjadi rutin keluarga dimana dia akan mengajak isteri dan anak-anaknya untuk beriadah bersama. Sengaja dibuat begitu semenjak Irsyad kecil lagi agar hubungan mereka sebagai ahli keluarga lebih akrab. Namun pagi ini, Irsyad tidak ikut bersama kerana tidak bangun walaupun telah dikejutkan berkali-kali. Memang payah anak jantannya hendak bangun jika dia tidur semula selepas selesai solat subuh berjemaah.

Okay, now you’re so doomed Irsyad. “Ala, papa pleaseeee! I promise it just today, then I won’t drive your Audi again. Just this one time.” Dicuba sedaya upaya untuk memujuk papanya. Namun, perasaan hampa menyelubungi. Crap! Seems like I have to drive my car je! Hati kecil Irsyad merungut protes. “Okay, okay. I’ll drive my car” balasnya dengan nada kecewa lantas mengambil kunci keretanya. Dia kemudian terus berlalu pergi tanda berkata lagi.

Dato’ Iskandar hanya memerhatikan anaknya berlalu sebelum hilang di dalam perut kereta Mazda 6 berwarna merah garang itu. Matanya melihat kosong ketika kereta tersebut berundur ke belakang pintu pagar dan akhirnya pecut hingga hilang dari pandangan mata. 


Kereta Irfan Irsyad




Sumber Gambar : Google Image :D

Tapi fikirannya, ligat memikirkan perihal anaknya. Tahun ini genaplah Irfan Irsyad berusia 20 tahun. Namun, hatinya risau dan bimbang akan kelakuan anak lelakinya itu sejak kebelakangan ini. Semakin sukar untuk mendengar nasihat, dan selalu sangat keluar untuk bersosial. Bebas, terlalu bebas pergaulan anak lelakinya itu. Namun, Irsyad tidaklah seperti anak-anak kenalannya yang lain. Mempunyai gaya hidup yang terlalu bebas sehingga lupa hukum dan pantang larang agama. Meskipun begitu, hatinya tetap risau kalau-kalau Irsyad juga sudah mula kearah gaya hidup tidak bermoral sebegitu.


Dato’ Iskandar kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang berada di taman rumahnya. Tangannya pula memicit-micit kepalanya yang tidak sakit itu. Serabut rasa kepalanya. Datin Azlina membawa dulang yang berisi kek lapis Sarawak dan dua gelas jus oren. Diletakkan di atas meja dan kemudian mengambil tempat disisi suaminya. Dihulurkan segelas kepada suaminya itu penuh mesra. Sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk melayan suami. Begitulah rahsia yang digunakan Datin Azlina selama 22 tahun perkahwinan mereka.

“Abang ada masalah dekat office ke? Serabut je saya tengok abang ni.” ujar Datin Azlina. Lembut sahaja tutur katanya. Dato’ Iskandar meletakkan tangannya di bahu isteri kesayangannya. Diusap lembut ubun-ubun isterinya yang ditutupi tudung ungu cair itu. Sebelah tangannya pula memegang erat tangan Datin Azlina.

“Sayang cuba cakap dekat abang. Dekat mana silap abang didik anak-anak abang?” soal Dato’ Iskandar. Sayu sahaja tutur katanya. Datin Azlina memandang wajah polos suaminya itu penuh kasih. “Kenapa abang cakap macam tu? Apa yang Irsyad dengan Farah dah buat bang?”

Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dibiarkan soalan isterinya tidak berjawab seketika. Mencari kata untuk memula bicara. “Kadang kala abang rasa macam abang dah gagal. Abang rasa abang bukanlah papa yang baik, bukan papa yang mampu membimbing amanah-amanah abang untuk patuh arahan agama.” keluh Dato’ Iskandar. Dia sangat yakin dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,  “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi.”

Datin Azlina senyum melihat suaminya itu. Sejak kebelakangan ini, dia sering melihat suaminya duduk sendirian seperti memikirkan sesuatu. Risau hatinya melihat lelaki yang bertakhta dihatinya sebegitu. Hari ini, persoalannya terjawab. Pasti dia sedang memikirkan bagaimana pantasnya anak-anak yang mereka kasihi dan dididik dengan ilmu agama sejak kecil seolah-olah telah terikut dengan budaya remaja zaman kina yang bebas dalam pergaulan seharian, dan yang lebih teruk lagi sanggup mengabaikan perintah agama Islam.

“Abang tak gagal bang. Kita dah didik dua-dua anak kita dengan agama. Mereka anak-anak yang baik bang. Mereka semua pandai mengaji, solat tak tinggal, hormat orang tua. Cuma abang kenalah faham remaja zaman sekarang ni. Biasalah darah tengah panas lagi bang, nak rasa kebebasan, nak enjoy. Tapi insyaallah diorang tak akan buat apa-apa yang tidak sepatutnya saya tahu diorang tidak pernah tinggal 5 perkara wajib setiap hari yang menjadi pendinding mereka bang. Selagi mereka pegang 5 perkara wajib tu, saya tidak risau. Doa saya sentiasa untuk keselamatan mereka bang, insyaallah.”

Kata-kata isterinya seolah-olah mengubat sedikit keresahan hatinya. Suatu senyuman cuba diukir di bibirnya. Dicium tangan isterinya. Sungguh dia bersyukur kerana dipertemukan dengan pasangan yang sebaik ini. Pasangan yang mampu memngubat hatinya ketika resah, pasangan yang mampu membuatnya ketawa apabila duka dan pasangan yang mendidik anak-anaknya menjadi insan berguna.

Ya, mungkin dia terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan tentang putera sulungnya. Sepatutnya dia mendoakan kesejahteraan anaknya, bukan berkifir tidak elok seperti tadi. Tapi, bagi Dato’ Iskandar, kelakuan anaknya sejak kebelakangan ini tidak boleh dibiarkan sahaja. Tidak mahu anaknya terus hanyut dibadai gelora nafsu dan syaitan. Kau kena buat something Iskandar, bisik hati kecilnya.    
      



Sunday, 9 June 2013

Salam Syaaban


Marhaban Ya Syaaban  :D

Photo taken from : https://www.facebook.com/pages/Islam-Is-My-Heart/352615241479851


Berlalu sudah bulan Rejab. Sekejap je kan dah nak masuk Ramadhan? Seronoknya, tak sabar nak puasa, terawih malam-malam (ceh ckp mcm knferm je pegi buat full tiap-tiap ari en??)

Xdelah bukan ape kan...orang cakap biar la kita semangat sikit bila dah nak masuk bulan yang paleng mulia antara 12 bulan yang lain kan?? Tapi, before masuk bulan Ramadan yg penuh mulia tu, same-samelah kita as 1Ummah, as 1Nation of Islam bnyk kan amalan sunat bulan Syaaban nie. Katenya nak cari redha Rasullullah kan? so, x salah kita penat lelah sikit beribadat lebih dalam bulan Kekasih Ilahi ni kn?

Tak susah nk cari "saham" lebih sikit bulan ni....yelah, puasa isnin khamis pon dah ok kan? Niatkan pulak puasa sunat Syaaban, dah okey lah tu!! Pastu, dalam seharian bekerja, niatkan kerana Allah. Simple je...(ni nasihat tapi kadang2 lupa gak nak buat....tpi yelah, kita saling mengingati kan?)

Then, akhir sekali, jgn lupe bnyakkan bace doa ni :

Taken from : Google Image

So, semoga dapatlah kita sama-sama mengimarahkan lagi bulan Syaaban sebelum kedatangan bulan Ramadan yang kita tunggu-tungu.
Sekia dulu, Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah
Adios