Kasih Eiffel
Bab 1
Amirah
Riana leka memerhatikan gelagat para pelajar yang sibuk membeli makanan di Café
Rafflesia. Ada yang sibuk memilih lauk pauk, dan ada juga yang sedang beratur
untuk membayar makanan. Sungguh dia tidak menyangka perjalanannya sebagai
pelajar Asasi di UiTM Kampus Puncak Alam ini sudah hampir ke penghujungnya. Hanya
tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk dia menghadapi peperiksaan akhir
pengajiannya. Bagaikan baru semalam sahaja ibu dan bapanya menghantar Rania ke
kampus ini untuk memulakan kehidupannya sebagai pelajar universiti.
Hahaha. Hati kecilnya tergelak
mengenangkan memori tersebut. Mindanya pula ligat memutarkan kembali panorama
pada hari pertama dia mendaftar. Ramai. Terlalu ramai pelajar yang turut
mendaftar pada hari yang sama. Hmmm, agak-agak berapa ratus pelajar Asasi kat
sini ekh? Soalan tersebut bermain di kotak fikirannya. Bermacam gelagat juga
diperhatikan. Ada yang sedang mengeluarkan barang-barang daripada kereta, ada
juga ibu bapa yang membantu membawa kotak-kotak anak mereka menuju ke arah lif
di blok R3. Sedang dia memerhatikan keadaan sekeliling, saat itulah Riana di
sapa oleh seseorang.
“Riana? Rianaaa??” tegur Fisya lantas
mematikan lamunan Riana. Tersentak dengan teguran sahabatnya, Riana memandang sekeliling,
cuba memproses semula kembali keadaan sebenar. Khayalannya mati serta merta.
“Ohh...hi Fisya. Dah lama ke tunggu?”
ujar Riana. Tunggu? Eh? Keadaan di cafe kembali menerjah pandangan matanya.
Haih Riana, day-dream lagi kau ya?
“Oi Cik Mira Riana, kau fikir siapa tu?
Sampai termenung jauh aku tengok? Kitorang dah sampai lama pon kau tak perasan.
Siap tersengih-sengih lagi tu? Teringat kat Abang A ke?” balas Biha dari
belakang Fisya lantas menarik kerusi dan duduk di hadapan Riana. Fisya dan Biha
sudah ketawa kecil melihat muka Riana yang putih itu kemerahan menahan malu.
Abang A? Abang A mana pulak yang Biha
cakap ni? Alahhh...dia bergurau je kot. Bukan Riana tidak kenal dengan perangai
sorang kawannya yang kecil molek ni. Suka sangat bergurau dan menyakat dirinya.
“Mana ade. Aku tunggu korang ni lah lambat sangat sampai. Penat tau!!” balas
Riana cepat-cepat seraya bangun dari kerusi.
“Eleh...nak cover la tu.” balas Fisya. Biha
dan Fisya ketawa lagi. Ishhh, korang ni tak habis-habis nak kenakan aku, getus
hati kecil Riana. Namun beberapa saat kemudian, Riana turut ketawa bersama
mereka. Hahaha...inilah yang dia suka mengenai Nabihah Azmi dan Fisya Syahida.
Merekalah yang selalu menceriakan keadaan. Sungguh Riana bersyukur di
pertemukan dengan dua daripada lima sahabat karibnya di tempat mereka menadah
ilmu dan mengenal erti kehidupan ini.
“Hahaha....korang ni ada-ada jelah.
Jomlah, dah pukul 9.00 ni. Nanti lambat pulak masuk kelas. Kelas arini dah la
start pukul 9.30...tutor Physics pula tu. Soalan semalam banyak lagi yang aku
tak faham.” ujar Riana lantas mematikan ketawa dua sahabatnya itu.
Mereka kemudian terus melangkah keluar
dari Cafe Rafflesia yang sudah mula riuh dengan kehadiran pelajar-pelajar
Ijazah Sarjana Muda itu. Mereka berjalan ke bangunan fakulti sambil berbincang
mengenai soalan-soalan tutorial yang akan dibincangkan sebentar nanti. Memang
sejak dari zaman persekolahan lagi Riana tidak berapa gemar dengan subjek
Physics, namun kehidupan sebagai seorang pelajar, Riana tidak pernah mengeluh
atau cepat berputus asa dengan subjek-subjek yang dirasakan sukar. Sebaliknya,
dia menjadikan perasaan itu sebagai satu pemangkin untuk dia terus berjaya.
Itulah apa yang selalu dipesan oleh ibunya.
“Eh, korang rasa budak berdua tu marah
tak dengan kita?” soalan Fisya sambil menunjuk ke arah Tangga Kejayaan atau
lebih dikenali dengan nama Tangga Maut. Tangga maut ini merupakan tangga yang
disediakan untuk kemudahan pelajar yang menghubungkan antara kolej kediaman dan
bangunan fakulti. Tangga ini beroleh gelarannya sebagai tangga maut kerana
tangga ini adalah sangat tinggi, dan mempunyai sebanyak lebih 200 anak tangga,
melebihi tangga yang ada di Batu Caves sendiri.
![]() |
| Tangga "Maut" / Tangga Kejayaan |
Sebelum sempat Riana meminta maaf,
mereka sudah pon dimarahi oleh Qira. “Woi, korang pegi mana hah lambat sangat?
Penat aku dengan Tirah tunggu dekat sini. Kata pukul 9 tunggu, ni dah pukul
berapa?” Qira, bersusuk tubuh agak besar daripada mereka berlima bersuara,
manakala Tirah pula hanya buat-buat malas nak layan. Fed-up lah tu.
“Hehehe...jangan la marah Qira, ni Riana
yang lambat.” Ekh? Aku lambat? Bukan dia ke lambat tadi. Penat aku tunggu kat
cafe tadi. Riana memandang wajah Fisya yang selamba itu.
“Riana lambat? Macam la kitorang tak tau
siapa yang lambat sebenarnya!!” ujar Tirah geram. Fisya hanya mampu mengukir
senyuman kecil di bibirnya.
“Ishhh korang ni....tak baik la
gaduh-gaduh. Kata BFF kan?” Biha cuba menenangkan keadaan. Dia lantas
menunjukkan gelang yang dipakai ditangan kanannya. Gelang yang sama dipakai
ditangan mereka berlima. Gelang yang menjadi bukti terjalinnya persahabatan
mereka di sini. Gelang yang menjadi saksi cerita suka dan duka yang mereka
kongsi bersama. Meskipun mereka berbeza perangai, namun itulah yang menjadikan
mereka saling melengkapi dalam mengharungi pahit manis kehidupan sebagai
pelajar UiTM Puncak Alam ini.
Melihat gelang yang dipakai di tangan
Biha, masing-masing memandang ke arah gelang mereka sendiri dan mengukir
senyuman kecil. Meskipun kadang kala mereka bercanggah pendapat namun mereka
tetap rapat. Mungkin itulah yang menjadi rencah dalam menjana persahabatan yang
lebih utuh bisik hati kecil Riana. Ya, walau apapun yang berlaku, mereka tetap
bersahabat baik. Tetap akan menjadi BFF selamanya. Qira hanya menggelengkan
kepala tanda meminta maaf sebab marah tidak tentu fasal. Setelah itu, mereka
menuruni Tangga Kejayaan dan terus menuju ke bangunan fakulti untuk kelas
tutorial mereka. Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi. Harap-haraplah kitorang
sempat sampai sebelum pensyarah masuk kelas, getus hati kecil Riana.



nice one bro..keep it up
ReplyDeleteThanks bro
DeleteNext chapter please !!
ReplyDeleteHahah...okay...tngh editing b4 post it
Delete