Kasih Eiffel
Bab 4
“Class,
nanti lepas habis lecture tunggu jap dekat dalam lecture hall k?” – Anis
Mesej yang Riana baru terima dibaca
pantas. Takut kalau-kalau ada perubahan jadual hari ini. Sudahlah dia bangun
lewat tadi. Inilah padahnya kalau sambung tidur lepas subuh. Baru sekarang kau
nak gelabah Riana! Jam di telefon Samsung Acenya sudah menunjukkan hampir pukul
10.15 pagi. Kelas pertamanya pula bermula pukul 10.30. Arghhhh, mati kau
Riana!!!
Dia hanya sempat mengenakan T-shirt biru
muda berlengan panjang dan seluar hitam palazzo. Salah satu bajunya yang
tidak perlu digosok apabila hendak dipakai. Dipadankan pula dengan tudung bawal
bercorak bunga kecil berwarna kelabu cair. Ala kadar saja dia bersiap hari ini.
Takut terlewat sampai kelas nanti. Sudah la pensyarah subjek BEL 311* agak
garang. Nanti tak pasal-pasal kau kena ceramah free, lagi teruk kau yang
kena bagi ceramah depan kelas, hati kecil Riana berbicara. Pantas dia
mengambil beg sandangnya dan terus meluru keluar dari rumahnya. Pintu rumahnya
pula tidak dikunci kerana Tasha, rakan serumahnya tidak ada kelas pada hari
ini.
Hampir 15 minit Riana berjalan dari
kolej kediamannya di Blok R3 hinggalah ke Bangunan Fakulti Farmasi 3 (FF3). Nak
buat camne lagikan? Dah student asasi tak boleh bawa kereta ke kolej,
terpaksalah menapak turun tangga “maut” tu kalau hendak ke fakulti. Menapak
turun tu takpa la lagi, boleh la dia consider sikit, menapak naik? Minta
ampun sangat-sangat. Boleh tercabut lutut dibuatnya. Sebab itulah Riana lebih gemar
menaiki bas RapidKL yang sentiasa ulang-alik di dalam kampus itu dengan bayaran
RM 1 apabila tamat kelas. Much better bayar RM 1 dari penat-penat naik
tangga yang kononnya tangga “kejayaan” itu. Cliché sungguh nickname
nak bagi student semangat belajar.
Dia melajukan langkah menuju ke DKF 8
dimana kelasnya akan diadakan. Namun langkahnya diperlahankan apabila melihat
hampir semua ahli kelasnya masih menunggu di kaki lima berhadapan dengan dewan
kuliah tersebut. Peliknya dah hampir 10.40 tapi kelas tak start lagi?
“Hoi, lambat giler kau sampai. Ingatkan
tak datang kelas terus pagi ni.” ujar Qira dari jauh lagi. Qira sememangnya
begitu. Kalau bercakap, satu kolej boleh dengar suara dia. Dia juga ramah
sungguh dengan semua. Mungkin itu jugalah yang menyebabkan Qira mudah disenangi
oleh orang ramai termasuklah pensyarah-pensyarah mereka. Berbeza sungguh jika
dibandingkan dengan dirinya yang lebih bersifat pendiam dan malu-malu itu.
Seperti selalu, Biha, Fisya dan Tirah
juga sentiasa bersama Qira. BFF lah katakan. Fisya duduk bersebelahan
dengan Tirah di sebuah bangku di kaki lima itu. Masing-masing sibuk menghadap
skrin telefon bimbit mereka. Teens nowadays with technology! Fisya
seperti selalu leka dengan Twitternya, manakala Tirah pula sentiasa mengemaskini
aplikasi Instagram apabila ada masa terluang. Dia merapati sahabat karibnya.
“Ish kau ni Qira, tak kan la sampai tak
datang kelas. Lambat bangun je, takde lah sampai terlajak kelas kan?”
“Itu pun nasib baik kita yang kejutkan.
Kalau tak, tengahari lah baru bangun agaknya.” Biha saja mengusik rakannya itu.
Riana hanya tersenyum. Ya, mujurlah Biha call dia pagi tadi. Kalau tak,
mungkin dia masih lagi lena dibuai mimpi agaknya.
“Hey guys, I just received a message
from Madam. Dia cakap she can’t make it to class today sebab ada important
things to do. So, that means, class cancel. And she said sorry cause
didn’t tell earlier.” Zura, wakil kelas daripada kelas F1 itu memberitahu
kepada semua pelajar yang sedang menunggu di hadapan dewan kuliah. Sejak
daripada semester pertama lagi, subjek BEL disini diajar dengan menggabungkan
dua buah kelas. Mungkin kekurangan pensyarah dalam subjek itu. Malahan, hampir
kesemua pensyarah subjek Bahasa Inggeris itu di ambil daripada UiTM Shah Alam.
“So for Kelas F2 pula, just
stay here. Kita tunggu kelas dekat dalam tu keluar, then kita masuk
sebab Anis ada something nak bagi tahu.” cepat Faiz, wakil kelas Riana
memberitahu. Takut-takut ada antara mereka yang sudah pergi memandangkan kelas
baru sahaja dibatalkan. Setelah beberapa minit ahli kelasnya yang seramai 25
orang itu menunggu, akhirnya mereka mengambil tempat duduk di dalam DKF 8 itu.
Dewan tersebut tidaklah sebesar mana, hanya cukup untuk dua buah kelas sahaja,
jika hendak dibandingkan dengan DKF yang lain.
Anis, bendahari kelas mereka berdiri di
hadapan dewan tersebut memerhati rakan-rakannya mengambil tempat duduk. Setelah
itu, dia membuka bicara. “Hi, guys. Sebenarnya tak adalah benda penting
sangat pun nak cakap. Just one simple bad news. Actually, our class trip had
just been cancelled. Baru tadi jumpa ngan Miss Julia, then she said
yang Pusat Asasi tak bagi kita pegi trip because lagi sebulan nak final
kan? So, Miss Julia suruh buat aktiviti lain dalam kampus jer to exchange
with the trip. So, any ideas?”
Suara-suara sumbang mula kedengaran. Class
trip dah kena cancel, siapa yang suka? Dahla memang plan right
before exam untuk cari ketenangan. Tapi sekarang ni? Ape kes ni? Faiz mula
masuk campur. Keadaan juga cuba ditenangkan sedikit. Setelah beberapa ketika,
ahli kelasnya mula memberi cadangan. Ada yang minta hendak buat barbeque, ada
juga yang suruh buat majlis makan-makan di Setia City Mall berhampiran. Namun,
akhirnya, persetujuan dicapai juga. Mereka akan mengadakan jamuan akhir di
Pendeta Café yang berada di kawasan Satelit B Kampus Puncak Alam itu. Simple,
easy and makanan pon not bad gak lah kat situ. Bercakap pasal makanan, perut
Riana mula memainkan alunan dan irama keroncong. Sabar ye perut, nanti aku bagi
kau makan.
.................................................................................................................
Licin makanan di pinggan. Air laici
bergelas besar diambil sebelum penyedut minuman dibawa ke bibir. Ahhhhhh…segarnya
dapat minum air sejuk tengah-tengah panas ni. Tangan kemudian diangkat memberi isyarat untuk membayar harga makanan tadi. Setelah itu, Encik Ibrahim bangun dan
langkah terus diatur menuju ke tempat keretanya.
Getaran di poket kanan dirasainya. Pantas
tangannya menyeluk saku kanan untuk mengeluarkan telefon bimbit. Pandangan tertumpu
pada skrin telefon tatkala dia sedang melintas jalan. Tiba-tiba, bunyi hon
kereta menyebabkan langkahnya terhenti. Berderau darahnya apabila dilihat
dirinya hampir-hampir sahaja disondol dengan kereta BMW 3 Series ActiveHybrid
yang berhenti betul-betul di hadapannya.
Encik Ibrahim kaku sebentar. Terkejut. Peluh
dingin sudah mula membasahi belakangnya. Mujur sahaja dia tidak dilanggar tadi.
Itulah, lain kali tengok kiri, tengok kanan tengok kiri dulu sebelum melintas. Orang
dewasa pun kena praktikkan kan tau, bukan kanak-kanak sahaja. Dadanya yang tadi
sedikit berombak kian reda. Pemandu kereta BMW tersebut keluar dari tempat
duduk pemandu. Muka pemandu tersebut yang kira-kira dalam pertengahan umur 50
tahun itu juga agak pucat.
“Maafkan saya Encik. Saya tak sengaja
tadi”
“Eh, tak apa. Salah saya sebenarnya. Saya
minta maaf.”
Belum sempat lelaki tua tadi membalas,
pintu kereta belakang dikuak dari dalam. Dua-dua kepala terus menoleh kearah
pintu pemandu yang terbuka. Seorang lelaki kemas berpakaian kemeja dan kot
hitam muncul keluar dari kereta. Umurnya lebih kurang sebaya dengan Encik
Ibrahim. Mungkin tua atau muda setahun sahaja.
“Ada apa-apa ke? Encik tak apa-apa?”
soal lelaki tersebut. Suara yang terkeluar dari mulut lelaki itu agak lembut,
tapi ada juga nada ketegasan dalamnya. Lelaki tersebut merenung Encik Ibrahim. Begitu
juga dengan Encik Ibrahim. Masing-masing memandang dengan riak wajah yang tidak
dapat ditafsir. Seperti ku kenal rupa ini.
“Encik ni, Ibrahim ke? Weh Berahim, ni
aku lah, Is.”
“Ya Allah, kau ke Is? Patutlah macam aku
kenal.” Langkahnya terus menuju ke arah Dato’ Iskandar dan mereka terus
berjabat tangan. “Lama gile aku rasa tak jumpa kau. Makin maju sekarang aku
tengok.”
Haha.
Ibrahim, Ibrahim. Dah jadi bapak orang pun perangai tak berubah. Kalau jumpa
kawan, macam budak-budak remaja sahaja percakapannya. “Eh, kau nak kemana ni? Jomlah
borak-borak jap, minum-minum dulu. Dah lama aku tak jumpa kau ni. Berapa tahun
ekh?”
Ya, sudah lama benar rasanya mereka tak
berjumpa. Sudah hampir 10 tahun juga tidak bersua muka. Masing-masing sibuk
dengan hal kerjaya dan perniagaan. Meskipun dia sekarang kena bergegas ke
hospital untuk temujanji dengan Doktor Rafizul, namun ajakan Dato’ Iskandar
tadi agak berat hendak ditolaknya. Maklumlah, member yang dah lama tak jumpa. Akhirnya
dia bersetuju dengan pelawaan Dato Iskandar.
*BEL 311 is the English Language subject
being thought to Asasi Sains and Asasi Engineering for UiTM students in
semester 2.
**Sorry kalau cam terabur je plot kali ni....actually bnyk gak la diedit, ditulis, diedit balek before post...but this is what I got..so do comment kot mane-mane nak kne improvekan ke....pape pon Enjoy :D
**Sorry kalau cam terabur je plot kali ni....actually bnyk gak la diedit, ditulis, diedit balek before post...but this is what I got..so do comment kot mane-mane nak kne improvekan ke....pape pon Enjoy :D
haha..ok je.. not bad
ReplyDeletethanks pal
Delete