Kasih Eiffel
Bab 5
“Arghhhhhhh”
“Tirah, kau dah kenapa ni?” soal Qira.
“Entah, tiba-tiba jer menjerit macam
apa. Nasib baik tak kuat. Kalau tidaakk, konferm la buat malu je aku
duduk sekali kat sini sekali dengan kau.” Fisya membalas sambil mata merayap ke
sekeliling Café Rafflesia. Fuhhh, nasib baik tak ada orang sangat hari ni.
“Tak adalah, stress tau buat soalan ni. Dari
tadi kotttttt!!” Nafas panjang dilepaskan. Tangan menyelak halaman buku Physics
Walker manakala yang sebelah lagi, duk mengusap-ngusap kepala yang dah serabut
mencari jawapan sejak tadi. Urghh, Physics isn’t my thing!!
“Kalau ya pun kalut, toksah laaa
nak buat bingit kat café ni.”
“Ishhh, korang ni apa la. Dah-dah, aku
rasa better kita rest for a while k? Lagipun dah nak pukul
dua kot. My stomach dah crying for food dah ni. Kita lunch
dulu okay?” Pantas Riana memberi cadangan tersebut sebelum penangan bom
suara Qira menjadi santapan tengaharinya. Ni lah padahnya kalau duk study
tak berhenti-henti dari pagi. Cehhh, ayat macam tengah pulun habis untuk
final. Padahal, berbual yang lebih selama 4 jam mereka berlima berjumpa
di Café Rafflesia.
Haih, masa. Kau memang tak pernah nak
tunggu orang kan? Pejam celik, pejam celik, lagi 3 minggu je dah nak habis
Asasi. Ishhh, Riana, Riana. Dah nak final exam, tapi study ke mana, revision
ke mana? Kelaut semua tu. Andai diberi sedikit masa. Cehhh, nak berapa banyak
masa lagi. Selama ni kau yang banyak leka, nak salah kan siapa tu? Okay, cukup
la kutuk diri sendiri. Betul juga kata-kata Pak Arab di mana “Waktu itu ibarat
pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.” Selama ni
tak pernah terlintas nak hargai masa, so saki-baki yang ada ni, kena la struggle
sikit kalau nak result yang gempak. Well, ada usaha adalah
kejayaan, ye dak??
“Ha-ha. Ni yang aku suka. Terbaik la kau
Riana.”
“Huhuhu…double thumbs-up for you my
dear.”
.................................................................................................
Headphone
di kepala. Wayarnya pula bersambung ke MacBook Pro 13 inci di atas meja
belajar. Playlist di iTunes sedang memainkan lagu Radioactive – Imagine Dragons
yang hampir ke penghujungnya. Mata tegak tertumpu ke arah buku tebal yang dipegang.
Fikiran…itu yang menjadi masalah. Fikirannya dah melayang, meluncur laju di
segenap ruang bilik tidur yang besar itu. Kelajuan, perghh…boleh mencecah 300km
sejam tau!!
Lagu kini bertukar. Daripada Radioactive
kepada Daylight nyanyian Maroon 5. Buku di tangan di letak atas meja. Volume
dikuatkan. Jari jemari mula mengetuk meja mengikut rentak. Tidak lama selepas
itu, kaki juga sudah mula mengikut irama lagu. Mulut? Arhhhh, tak usah
dicerita, memang dah turut sama menyanyikan lirik lagu tersebut. Mata kejap-kejap
berpaling ke arah buku dan skrin laptop.
Mood sekarang : Study à
Konsert from Superstar Irsyad !!!!
Pffft…berangan nak
jadi superstar. Suara setakat juara toilet, superstar apanya!!
Eh, rendah sangat tu. Okey pembetulan, suara level toilet hotel. Baru ada
gaya sikit. Hahah…pape jelah Ichad oiii!! Mata kembali singgah pada skrin
MacBook. Ditenung lama skrin itu. Menunggu masa yang sesuai. Okey, ready,
1…2…3…
“Yang kau dah macam penyamun masuk bilik
aku ni kenapa?”
Langkah Farah mati beberapa inci dari
kerusi Irsyad. Bibir mengukir senyum tawar. Spoil la brother aku
ni. Pasang CCTV ke boleh tau aku masuk bilik? Pandangannya kemudian beralih ke
setiap sudut siling bilik tidur Irsyad.
“Ehem…makcik. Boleh saya tolong?” Soalan
kedua dah diaju. Minah ni kalau tak faham nada sarkastik aku, memang sah la dia
ni sewel. Habis terencat aku nak berangan buat konsert kat Albert Hall London. Puihhh,
angan-angan tak bertempat.
Farah duduk di birai katil. Bantal peluk
dicapai dan di bawa ke riba. “Abang pasang CCTV ke dalam bilik? Camne leh
tau Farah masuk? Padahal headphone meletak kat telinga tu.” Abang aku ni
pakai ilmu sihir ke? Tak ada pulak CCTV ke ape dalam bilik. Nafas Irsyad yang
ditahan tadi dilepaskan. Headphone di kepala di letak di leher.
“Ever heard of reflection?”
“Owh…nampak ekh kat lappy tu?”
“Ni ada ape ni? Pelik bin ajaib jer kau
masuk bilik aku ni”
“Tak adalah, tadi Farah nak turun bawah,
pastu tiba-tiba dengar ada konsert live. Tu yang menyinggah jap tu”, balas
Farah dengan riak bersahaja. Sempat juga dihadiahkan dengan “senyuman termanis”
buat abang sulungnya.
Sebelah kening diangkat. Mata bertemu
mata. Suasana dalam bilik senyap. Hanya lagu dari headphone yang
sayup-sayup kedengaran. Irsyad mencari jawapan dalam mimik muka Farah. Owh…okay,
kali ni konferm nak mintak satu benda ni.
“Nak pergi mana?”
Another spoiler.
Dia ni memang sah bela jin. Semua benda dia tahu. Anti betul hati ni kalau nak
pinjam kereta abang aku ni lah. Susah betul. Ada je benda nak tanya. Pantang tengok
orang senang sikit.
“Keluar. Dengan kawan”
“Pakai macam tu?”
Mata Farah jatuh pada badannya. T-shirt
putih bertulis ‘Shut Up Boys’, cardigan kasual hitam berbutang di
bahagian dada dan seluar jeans berwarna pudar. Rambut ikal yang melepasi bahu
di dibiarkan lepas. Okay what aku pakai!
“Bukan orang nak pegi mana pun.
Jalan-jalan Mid jer”
Irsyad mencapai kunci kereta yang
diletak di hujung meja bersama iPhone hitamnya. Kunci kereta dilempar ke arah
adiknya. Cepat-cepat disambut oleh Farah. Dia bingkas bangun dan menuju ke
pintu bilik. Sebelum keluar, sempat dia memberikan flying kiss ke arah
Irsyad. Alahai adik aku sorang ni, tahu la baru 18 tahun, takkan la nak act
childish lagi kot. Headphone diletak kembali ke telinga. Fokusnya
kini kepada lagu yang sedang dimain. Ahhhhh, Treasure – Bruno Mars.
No comments:
Post a Comment