Wednesday, 3 July 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 7



Pandangan tertumpu pada keindahan panorama Puncak Alam yang bercahaya pada waktu malam. Nafas panjang dilepaskan. Tanpa sedar, bibir mula mengukir senyuman kecil di bibir. Tempoh setahun pengajiannya disini telah melakar terlalu banyak kenangan. Tidak kira lah samada pahit mahupun manis kenangan tersebut. Kerana baginya, kenangan manis yang dilaluinya akan tersemat indah di hatinya, yang mampu mengukir senyum tawa untuk dirinya kemudian hari. Manakala kenangan yang kurang elok segalanya telah diambil pengajaran untuk mematangkan dirinya.

Angin lembut bertiup memasuki jendela kaca biliknya yang terbuka. Sejuk angin malam ni. Tambah-tambah lagi hujan baru sahaja berhenti. Riana menghampiri jendela tersebut untuk mengecilkan bukaan jendela. Dia kemudian berpaling ke seisi ruang bilik. Syida, Ana, Tasha, Lin dan seluruh ahli rumah masing-masing ada yang telah pulang ke tempat asal masing-masing. Ada juga yang saja mengambil kesempatan untuk berseronok selepas tamat kertas terakhir tadi. Riana pula menolak ajakan housematenya yang lain dengan alasan untuk berkemas kerana ayahnya akan mengambilnya awal pagi esok. Takut tak sempat hendak berkemas, fikirnya.

Kotak-kotak yang memuatkan buku-buku dan satu bagasi sederhama besar sudah siap tersusun di sudut katil. Hanya ada satu lagi bagasi yang terbuka luas di hadapan locker. Baju-baju didalam locker tersebut juga sudah mula berkurangan. Penat. Tak sangka masa betul banyak pulak yang dia kena kemas. Masa datang awal-awal semester 1 dulu, tak adalah banyak macam ni baju dan barang-barang lain. Riana mengambil telefon bimbitnya untuk melihat waktu sekarang. Ishhh, baik aku solat dulu, lepas tu baru sambung balik.
 
.......................................

“Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin”

Dato’ Iskandar mengakhiri bacaan doanya. Dia berubah posisi untuk bersalaman dengan para jemaahnya. Farah pantas menyambut tangan papanya dan kemudian kembali ke Datin Azlina. Farah kemudian meninggalkan bilik solat di tingkat bawah dan menuju terus ke bilik tidurnya. Datin Azlina kemdian merapati suaminya dan bersalaman.

“Ichad keluar lagi ke malam ni?”

“Dia terus keluar lepas solat Maghrib tadi. Kenapa bang?” 

Diam. Suasana sepi seketika. Datin Azlina turut diam, menanti butir-butir jawapan yang bakal keluar dari mulut suami tercintanya itu. Dato’ Iskandar memandang isterinya dengan seribu satu riak di muka. Seolah-olah mahu menyatakan sesuatu yang agak berat untuk diluahkan. Sayu hatinya melihat si suami menanggung beban tersebut meskipun dia sendiri tidak tahu apa masalah sebenar. Ingin dia kongsi menanggung beban yang tertindih di bahu Dato’ Iskandar. Setelah beberapa saat, akhirnya Dato’ Iskandar bersuara. Namun, nadanya kedengaran agak kecewa bercampur baur seperti orang yang dah putus harapan.

“Makin lama saya tengok makin jauh dia dengan family. Keluar malam, balik lambat. Awak cuba-cuba la nasihatkan dia sikit. Biarlah a few months before dia fly ni luangkan masa sikit dekat rumah.”

“Insyaallah bang.” Balas Datin Azlina sebelum bangun dan melipat telekung yang digunakan tadi. Risau benar suaminya terhadap anak sulung mereka. Tapi, risau itu turut dirasai oleh dirinya. Memang benar kata suaminya itu. Irshad seolah-olah sedang menjauhkan diri. Bukan hanya setakat menjauh dari keluarga, namun menjauh daripada menjadi dirinya yang sebenar. Diri Irshad seperti mana yang dikenalinya dulu. Tingkah lakunya, gaya percakapannya semakin hari turut berubah ke arah negatif. Keadaan tersebut lebih ketara sejak Irsyad mengambil International Baccalaureate di sebuah universiti swasta. Sempat dia menoleh ke arah suaminya yang masih tidak berganjak sejak tadi sebelum terus ke dapur untuk menyediakan makan malam.


....................................................


“Okay, bukan saya yang start kan? It’s you.”

Kedengaran ketawa kecil di hujung talian. Irsyad yang sedang baring di katil turut ketawa sama. Geli hatinya.

Hahaha. Okay, it’s my fault. By the way, thanks for the dinner tadi. I had a great time.
It’s sokey. Best night for me.”
Pardon?

“Oh, tak ada pape. I mean, good to see” kemudian membetulkan ayatnya “saw, and hear that you’re happy. Now.” Arghhh, sengal kau Ichad, nasib baik tak kantoiii. Cakap lain kali tapis dulu boleh tak?

Yeayh, thanks again. Good night, sleep tight.”

You too. Nite, sweet dreams Zura.” Setelah talian telefon dimatikan, Irsyad menyambung, “Sweet dream, love.”

Ahhhh, sudah. Ini angau namanya Ichad. Wake up man!!! Berangan tak tentu fasal. Ketika itu juga, pintu biliknya diketuk. Belum sempat dia berkata apa-apa, kepala Farah dah pun tersembul di muka pintu. Senyumannya sampai ke telinga.

“Arghhh, kau lagi. Tak ada muka lain ke?”
“Dah tu?”
“Ada apa memalam masuk bilik aku ni? Dah pukul 12 lebih ni, tak tidur lagi? Nak suruh aku dodoikan kau ke?”

Farah yang kini berjalan menuju ke katil Irsyad tidak terus menjawab soalannya. Namun, senyuman di wajah masih tidak lekang. Senyuman yang membawa kepada satu malapetaka besar dalam kehidupan peribadi seseorang. Farah kemudian duduk di hujung katil.

“Abang, nak tengok gambar akak ipar Farah boleh?”

Hampir saja nak terkeluar biji mata Irsyad saat itu. Bantal dicapai dan dibaling mengenai kepala Farah. Reflex bawah sedar.  Farah yang tidak menjangkakan serangan mengejut itu kemudian mengambil bantal peluk a.k.a bolster dihadapannya dan kemudian membalas serangan. Maka, bermulalah perang saudara yang bersenjatakan bantal-bantal kekabu.

“Farah, enough. ENOUGH okay?”

Farah dan Irsyad berhenti. Tercungap-cungap mereka berdua di atas katil. Fuhhh, mainan budak-budak. Tapi seronok gak main. Alahai, indahnya jadi kanak-kanak riang ria  gumbira sentiasa.

“Eleh, dia yang start dulu. Farah just self-defense jer okay” balas Farah yang masih tercungap-cungap mencari nafas.

“Ishh, sah kau ni kanak-kanak Ribena lagi”
“Ha-ha. Funny kan people? Big applaud for my big brother.” Farah lantas menepuk tangan. “Anyway, who’s Zura? My akak ipar kan?”

“So, inilah kerja kau lepas dapat result SPM kan? Eavesdropping!!”
“Ishhh abang ni. Orang tanya tak nak jawab.”

Irsyad mengambil iPhonenya. “This….is Zura” sambil tangan menghulurkan iPhone kepada Farah. Gambar di skrin telefon ditatap teliti. Cantik. Raut wajahnya bersih, putih kulitnya. Rambutnya pula lurus hampir ke paras bahu. Pandai juga abang aku ni pilih bakal kakak ipar aku. Hehehehe.

I thought you wanna a girl with hijab.” Soalan tersebut diajukan tanpa sebarang penapis. Oppsss, dah terkeluar dah soalan tu, tak boleh nak masuk balik dalam mulut dah. Nak marah, marah lah.

Lama Irsyad memandang adiknya. “I know…but…I don’t know.” Sememangnya Irsyad menginginkan seorang perempuan yang menjaga auratnya sebagai teman hidupnya, namun kini dia seakan berubah pendirian. Lama juga dia sudah berkenalan dengan Zura. Mereka membuat persediaan ke luar negara di tempat yang sama. Meskipun Zura tidak berhijab seperti gadis-gadis muslim yang lain, namun peribadinya cukup untuk membuatkan Irsyad jatuh hati.

Wanna talk about this?”

Irsyad tidak terus menjawab. Dia mengambil kembali handphone ditangan Farah. Gambar Zura bersama dua lagi rakan sekelasnya ditatap. “Yes, I do want that kind of girl. But Zura, she’s…special. She’s funny, bold, and independent. She got the every aspect of a woman that I love. And………..”

“And??” Panjang pertanyaan Farah. Fuhh, well done la Farah, kau berjaya pancing abang kau bukak cerita about girls. Kalau sebelum ni, memang payah dia nak bercerita fasal perempuan.  

Pandangan Irsyad beralih kepada Farah. “And….why even I’m telling you this?” Penuh sarkastik soalannya itu. Irsyad mula ketawa kecil melihat reaksi Farah. “Just so you think I’m gonna tell you, well done, you have proved to yourselves that you’re wrong. May I say AGAIN??” Selamba sahaja Irshad membalas. Kau ingat aku nak ke cerita benda-benda personal macam ni dekat kau?? Minta maaflah adik oii!!!

Satu tumbukan mengusik hinggap di bahu kiri Irsyad. Ketawanya masih tidak reda. Seronok benar kenakan adiknya seorang ni. Farah bingkas berdiri. Dia mengeluh perlahan. Cehhh, ingatkan dah masuk mood sentimental tadi boleh la dia cerita pasal bakal kakak ipar aku. Aku yang terkena balik. Pffftt…

“Fine, fine, fine. Abang menang lagi. Yeayh for you!!!” Kalau dah kena ayat sarkastik, mana boleh balas guna ayat pasif, ya tak? Mestilah balas dengan sarkastik juga. Tanpa sedar bibirnya turut mengukir senyuman. Seronok dapat abang sporting, yang boleh layan kepala. Sebelum melangkah keluar dari bilik, dia memandang raut wajah abangnya itu. Lama juga dipandangnya sebelum menuturkan kata-kata yang ikhlas datang dari hatinya.

Whatever happens, and whoever it’s gonna be, just wanna tell you that I just want to see you happy.” Tidak kesah la sesiapa pun pilihan abangnya nanti, dia sebagai adik hanya mengharapkan yang terbaik untuk satu-satunya abang yang disayangi.


Farah terus melangkah keluar dan meninggalkan abangnya yang agak terkejut untuk memproses kata-kata yang baru sahaja dilepaskannya. Pelik, hairan juga Irshad akan kata-kata Farah tadi. Ada agenda lain ke yang dia sendiri tidak tahu?  

No comments:

Post a Comment