Tuesday, 1 October 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 8



Jam dinding baru menunjukkan hampir ke pukul 8.23 pagi. Cahaya matahari yang berjaya mencuri masuk di celah-celah tingkap dapur pun baru suam-suam kuku kepanasannya. Namun keadaan di dapur rumah sudah mula riuh rendah. Riuh rendah dengan segala macam bunyi periuk dan peralatan memasak yang berlaga-laga tidak berhenti. Agak bising juga keadaannya sehingga si murai yang sedang mengalunkan irama di pagi hari pun tidak senang melakukan kerjanya. Ekh??

Encik Ibrahim memasuki ruang dapur sambil tangannya membetulkan tali leher. Tersengih dia melihat gelagat anak daranya bekerja di dapur pagi ni. Namun rasa kesian dan simpati tiba-tiba melintas lalu di hatinya. Masakan tidak, Riana baru sahaja beberapa hari pulang ke rumah setelah berbulan di kolej dan baru juga menamatkan pengajiannya di peringkat asasi, sudah disuruhnya untuk memasak itu dan ini. Yelah, dia juga sudah lama tidak makan masakan yang dimasak oleh anaknya, kerana sibuk dengan urusan pejabat, jadi dia sering makan di luar atau membeli sahaja makanan.

“Amboi, semangatnya anak ayah masak. Macam-macam gaya keluar dah.” Hampir terlepas sahaja gelak kecil Encik Ibrahim, tapi ditahannya, takut-takut anaknya itu terasa.

“Ayah jangan cakap pape k. Ni dah keras dah tangan, lama tak masuk dapur.”
“Dari atas lagi dah kelentang-kelentung bunyinya…masak apa jer tu??”
Ha - ha. Harini Riana masak fav ayah. Kuey teow kerang. Ayah nak Riana buat telur goreng sekali ke?”

Encik Ibrahim memandang jam tangannya. Berkira-kira samada sempat ataupun tidak untuk bersarapan lama-lama pagi ini. Kerja di pejabat banyak lagi yang tidak settle, dengan ada meeting bersama bos dan client dari USA pula tengahari nanti.  Ni konferm la tak sempat nak balik makan tengahari dekat rumah. “Tak payah la. Lagipun ayah nak cepat ni. Banyak kerja kat office tu.” Ujar Encik Ibrahim ringkas.

Selepas bersarapan, Encik Ibrahim terus bergegas untuk ke pejabat. Takut terlewat pula kalau dilengah-lengahkan masa yang ada. Enjin kereta dihidupkan. Kedengaran suara Riana memanggil ayahnya dari arah dapur. Kemudian dia bergegas ke luar rumah dengan membawa beg bimbit Encik Ibrahim.

“Ayah maybe tak balik makan tengahari. So depends la Farah nak masak ke tak. Ke ada plan nak keluar dengan kawan-kawan nanti?”
“Owh. Farah tengok dulu lah macam mana. Nanti apa-apa Farah text or I’ll call you. Okay?”  

Encik Ibrahim hanya tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya ini. Meskipun dia tahu yang Riana kadang kala sunyi di rumah, namun dia tidak pernah gagal untuk menghiburkan hatinya. ‘Ya Allah, kau lindungi lah anakku dari segala kemungkaran di dunia ini. Kau berikan la dia kekuatan dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan.’ Hati kecil Encik Ibrahim mula berbisik tatkala dia menghayati raut wajah Riana yang mirip dengan ibunya.

“Ayah, are you okay?”
“Apa? Oh…okay. Ayah okay, just teringat something dekat office. Ayah pergi dulu. Nak keluar nanti bagitau ayah, okay?” Encik Ibrahim memasuki dalam perut kereta setelah mengambil beg bimbit daripada Riana.

Riana bersalaman dengan Encik Ibrahim dan hanya menghantar pandangannya semasa Encik Ibrahim mula bergerak menuju ke tempat kerja. Namun dalam hatinya jelas dapat menyatakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh ayahnya.


 ................................................


Sam Victor sedang menjalankan penilaian-penilaian terakhir sebelum dia dan Isaac Briggs menjalankan misi untuk memecah masuk Guantanamo Bay Detention Camp untuk menyoal siasat Nouri dibawah kebenaran CIA yang dimiliki oleh Brigss. Ketika itulah pintu bilik diketuk dari luar.

“Knock-knock”

Butang pause di controller Xbox 360 ditekan. Pandangan beralih dari skrin televisyen ke arah pintu yang separuh tertutup. Berdiri di muka pintu pada saat itu merupakan seorang perempuan berumur linkungan belasan tahun yang mempunyai potensi untuk melakukan pembunuhan. Pembunuhan semangat dan mood seorang lelaki yang sedang bermain permainan video. Dramatik sungguh bunyinya disitu!

Whatcha doin’ ?”    
“Tengah basuh kereta. Nak tolong?” balas Irshad selamba.
Seriously abang, you gotta stop with all your sarcasm things. People lama-lama boleh menyampah with you tau tak?” Aishh abang aku ni pun, tak habis-habis nak sindir/menyakat/usik aku. Irshad tidak mempedulikan kata-kata adiknya. Malas nak layan. Kalau dilayan makin menjadi-jadi. Dia kemudian menyambung semula permainan video tadi. Farah duduk di bean-bag cushion bersebelahan Irsyad. 

Game apa ni?”
Splinter Cell : Blacklist. Why sudden interest?” Tangan dan pandangannya masih tidak lekang daripada permainan tersbut. Namun perasaan hairan timbul di benak fikirannya. Pelik jer adik aku ni tiba-tiba tanya pasal game. Apa hal ni? Daripada malam semalam perangai dan tingkah laku Farah agak mencurigakan.

Best ke game ni?” 

Sekali lagi butang pause ditekan. Controller di letakkan di atas riba. Irshad kemudian mengubah posisi dan menghadap Farah. Tangan disilang ke dalam. Keningnya pula terangat sebelah, cuba membaca riak wajah di muka adiknya. “Okay, tell me. Kau ada masalah ke?”

Farah tidak terus menjawab pertanyaan abangnya. Tanpa sedar nafas perlahan-lahan dilepaskan. Matanya menatap wajah Irshad. Namun terasa berat untuk dia meluahkan isi hatinya. Terasa seperti ada sesuatu yang menghalang dirinya daripada menyatakan apa yang terbuku di fikirannya.

“Farah, are you okay?”
“Entah lah bang, just been thinking a lot lately. Macam-macam benda.”
“Apa jer yang kau fikir?”

Sekali lagi Farah terdiam. Nak cakap ke tak? Nak ke tak nak? Okay, tak payah cakap la buat masa ni. Boleh timbul malapetaka besar kalau rahsia ni diketahui sebelum timbul masa yang sesuai. Seram pula apabila memikirkan perkara yang akan berlaku jika rahsia ini diberitahu kepada abangnya. Biarlah masa yang tentukan segalanya.

“Cik adik sayanggggg, awak nak cakap apa?” soal Irshad lagi apabila Farah hanya mengelamun dan tidak menjawab pertanyaannya tadi.


Farah bingkas bangun dari bean-bag cushion tadi dan menarik tangan Irshad untuk turut bangun. “Dah jom, mama panggil lunch.” Keliru dengan ap yang berlaku, Irshad turut bangun dan menuju ke arah dapur. You gotta find out what is wrong with your sister Ichad. 

No comments:

Post a Comment