Kasih Eiffel
Bab 3
Doktor
Rafizul menghulur sepucuk surat kepada Encik Ibrahim yang berada di hadapannya
dengan berat hati. Namun dia harus akur dengan kerjayanya sebagai seorang
doktor yang memerlukannya bersikap profesional. Anak matanya melontar pandangan
pada Encik Ibrahim yang perlahan-lahan membuka surat tadi. Keadaan didalam
bilik itu agak sunyi. Diamati dengan teliti gerak-geri pesakitnya itu. Dia
harus bijak menilai situasi agar perkara yang hendak disampaikan nanti dapat
diterima dengan ikhlas. Encik Ibrahim membaca isi surat yang diterima tadi. Selang
beberapa saat kemudian, matanya kembali menatap wajah Doktor Rafizul.
“Hmm, maaf doktor tapi, boleh tak doktor
terangkan serba sedikit fasal surat ni? Saya tak berapa faham sebenarnya.” ujar
Encik Ibrahim sambil mengukir seyuman tawar dibibirnya. Dia seakan mengerti
bahawa apa yang bakal disampaikan oleh doktor tersebut tidak akan sedap
didegar. Tengok saja riak muka doktor itu dia sudah mengerti.
Perlahan Doktor Rafizul membetulkan
cermin matanya. Masih mencari kata-kata. Dari tadi dia buntu. Takut, risau kata-katanya
tidak sampai ke tahap penerimaan pesakitnya. Dia kemudian menghela nafas
panjang dan mula menerangkan keadaan sebenar kepada Encik Ibrahim.
..................................................................................................................
Baju kemeja biru kasual disarung ke
tubuh. Dua butang baju yang paling atas dibiarkan terbuka. Baru stylo camni. Hair
wax jenama Gatsby disapu ke rambutnya yang agak panjang tetapi masih kemas.
Setelah agak berpuas hati dengan penampilan diri, diambil pula kunci kereta dan
telefon bimbit jenama iPhone di atas meja solek. Langkahnya laju menuju ke arah
pintu bilik. Pantas dia berlari menuruni anak tangga menuju ke pintu utama
rumah banglonya. Belum sempat pintu dikuak dari dalam, dia disapa oleh suara
lelaki.
“Ha Icad! Kamu nak ke mana tu?”
Langkahnya mati tiba-tiba. Peluh dingin
juga mengalir. You are so busted! Dia mengalih pandangan kepada pemilik suara
yang menegurnya tadi. Senyuman cuba diukir. “Ekh, papa. Awal papa bangun arini?”
soalnya. Bergetar juga suara dia tatkala mengajukan soalan tadi.
Dato Iskandar memandang ke arah jam
tangan Tag Heuernya. 12.17 tengahari. Awal sangat ke aku bangun hari ini? Kepalanya
digaru meskipun tidak gatal. Mata Dato’ Iskandar menatap kembali susuk tubuh
anak pertamanya itu. Segak betul anak lelakinya mengenakan pakaian itu. Tampan
dan ………. dan kemana dia nak pegi time-time macam ni?
“Jam papa rasanya dah pukul 12 lebih. Awal
ke papa bangun hari ini?”
“Ekh yeke pa? Dah pukul 12 ke? Ichad
ingat baru pukul 10 lebih” balasnya bersahaja. Suka dia bergurau dengan
papanya. The best, coolest and the most sporting daddy in the world sebenarnya
Dato’ Iskandar ini.
“Ni nak kemana ni pakai smart-smart
ni?”
“Smart ke papa? Yelah, ke mana
tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, tidak begitu Dato’ Iskandar? Hahaha, papa ni
pon, puji sikit senyum lebar memanjang. Ichad gerak dulu okay. Nak keluar jap”
balas Irsyad bersahaja lantas menuju ke arah papanya hendak bersalaman.
Dato’ Iskandar menyambut tangan anaknya,
dan menarik semula tangan Irsyad apabila terpandang sesuatu di tangan anaknya. “Ni
keluar ni kenapa bawak kereta papa?” Ditariknya kunci kereta Audi R8 Coupe dari
genggaman Irsyad.
![]() |
| Kereta Baru Dato' Iskandar |
![]() |
![]() |
| Sumber Google Image |
Damn, dia perasan pulak! Baru nak action
sikit dengan member-member ada kereta baru. “Errr…kereta Ichad…err…air-cond
dia rosak papa. Panas nak drive kereta tu.” Tibai jelah alasan tu! Yang penting
aku kena jugak drive Audi baru papa.
“Rosak? Pagi tadi papa, mama dengan
Farah pergi jogging kat taman depan tu bawak kereta kamu elok je
rasanya. Takda pulak rasanya air-cond tak function.” Pagi Ahad
sudah menjadi rutin keluarga dimana dia akan mengajak isteri dan anak-anaknya
untuk beriadah bersama. Sengaja dibuat begitu semenjak Irsyad kecil lagi agar
hubungan mereka sebagai ahli keluarga lebih akrab. Namun pagi ini, Irsyad tidak
ikut bersama kerana tidak bangun walaupun telah dikejutkan berkali-kali. Memang
payah anak jantannya hendak bangun jika dia tidur semula selepas selesai solat
subuh berjemaah.
Okay, now you’re so doomed Irsyad. “Ala,
papa pleaseeee! I promise it just today, then I won’t drive your Audi
again. Just this one time.” Dicuba sedaya upaya untuk memujuk papanya. Namun, perasaan
hampa menyelubungi. Crap! Seems like I have to drive my car je! Hati kecil
Irsyad merungut protes. “Okay, okay. I’ll drive my car” balasnya dengan nada
kecewa lantas mengambil kunci keretanya. Dia kemudian terus berlalu pergi tanda
berkata lagi.
Dato’ Iskandar hanya memerhatikan
anaknya berlalu sebelum hilang di dalam perut kereta Mazda 6 berwarna merah
garang itu. Matanya melihat kosong ketika kereta tersebut berundur ke belakang
pintu pagar dan akhirnya pecut hingga hilang dari pandangan mata.
![]() |
Kereta Irfan Irsyad![]() |
![]() |
| Sumber Gambar : Google Image :D |
Tapi fikirannya, ligat memikirkan perihal anaknya. Tahun ini genaplah Irfan Irsyad berusia 20 tahun. Namun, hatinya risau dan bimbang akan kelakuan anak lelakinya itu sejak kebelakangan ini. Semakin sukar untuk mendengar nasihat, dan selalu sangat keluar untuk bersosial. Bebas, terlalu bebas pergaulan anak lelakinya itu. Namun, Irsyad tidaklah seperti anak-anak kenalannya yang lain. Mempunyai gaya hidup yang terlalu bebas sehingga lupa hukum dan pantang larang agama. Meskipun begitu, hatinya tetap risau kalau-kalau Irsyad juga sudah mula kearah gaya hidup tidak bermoral sebegitu.
Dato’ Iskandar kemudian melabuhkan
punggungnya di kerusi kayu yang berada di taman rumahnya. Tangannya pula
memicit-micit kepalanya yang tidak sakit itu. Serabut rasa kepalanya. Datin
Azlina membawa dulang yang berisi kek lapis Sarawak dan dua gelas jus oren. Diletakkan
di atas meja dan kemudian mengambil tempat disisi suaminya. Dihulurkan segelas
kepada suaminya itu penuh mesra. Sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk
melayan suami. Begitulah rahsia yang digunakan Datin Azlina selama 22 tahun
perkahwinan mereka.
“Abang ada masalah dekat office ke?
Serabut je saya tengok abang ni.” ujar Datin Azlina. Lembut sahaja tutur
katanya. Dato’ Iskandar meletakkan tangannya di bahu isteri kesayangannya. Diusap
lembut ubun-ubun isterinya yang ditutupi tudung ungu cair itu. Sebelah tangannya
pula memegang erat tangan Datin Azlina.
“Sayang cuba cakap dekat abang. Dekat mana
silap abang didik anak-anak abang?” soal Dato’ Iskandar. Sayu sahaja tutur
katanya. Datin Azlina memandang wajah polos suaminya itu penuh kasih. “Kenapa
abang cakap macam tu? Apa yang Irsyad dengan Farah dah buat bang?”
Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dibiarkan soalan
isterinya tidak berjawab seketika. Mencari kata untuk memula bicara. “Kadang
kala abang rasa macam abang dah gagal. Abang rasa abang bukanlah papa yang
baik, bukan papa yang mampu membimbing amanah-amanah abang untuk patuh arahan
agama.” keluh Dato’ Iskandar. Dia sangat yakin dengan sebuah hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud, “Anak itu ibarat
seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani,
yahudi ataupun majusi.”
Datin Azlina senyum melihat suaminya
itu. Sejak kebelakangan ini, dia sering melihat suaminya duduk sendirian
seperti memikirkan sesuatu. Risau hatinya melihat lelaki yang bertakhta
dihatinya sebegitu. Hari ini, persoalannya terjawab. Pasti dia sedang
memikirkan bagaimana pantasnya anak-anak yang mereka kasihi dan dididik dengan
ilmu agama sejak kecil seolah-olah telah terikut dengan budaya remaja zaman
kina yang bebas dalam pergaulan seharian, dan yang lebih teruk lagi sanggup mengabaikan
perintah agama Islam.
“Abang tak gagal bang. Kita dah didik
dua-dua anak kita dengan agama. Mereka anak-anak yang baik bang. Mereka semua
pandai mengaji, solat tak tinggal, hormat orang tua. Cuma abang kenalah faham remaja
zaman sekarang ni. Biasalah darah tengah panas lagi bang, nak rasa kebebasan,
nak enjoy. Tapi insyaallah diorang tak akan buat apa-apa yang tidak sepatutnya saya
tahu diorang tidak pernah tinggal 5 perkara wajib setiap hari yang menjadi
pendinding mereka bang. Selagi mereka pegang 5 perkara wajib tu, saya tidak
risau. Doa saya sentiasa untuk keselamatan mereka bang, insyaallah.”
Kata-kata isterinya seolah-olah mengubat
sedikit keresahan hatinya. Suatu senyuman cuba diukir di bibirnya. Dicium tangan
isterinya. Sungguh dia bersyukur kerana dipertemukan dengan pasangan yang
sebaik ini. Pasangan yang mampu memngubat hatinya ketika resah, pasangan yang
mampu membuatnya ketawa apabila duka dan pasangan yang mendidik anak-anaknya
menjadi insan berguna.
Ya, mungkin dia terlalu banyak berfikir
yang bukan-bukan tentang putera sulungnya. Sepatutnya dia mendoakan
kesejahteraan anaknya, bukan berkifir tidak elok seperti tadi. Tapi, bagi Dato’
Iskandar, kelakuan anaknya sejak kebelakangan ini tidak boleh dibiarkan sahaja.
Tidak mahu anaknya terus hanyut dibadai gelora nafsu dan syaitan. Kau kena buat
something Iskandar, bisik hati kecilnya.






Hehehehe... Xsbar nk bce next n3... Gudluck writer...
ReplyDeletethank you...kinda take a longer time for bab 4...sorry
ReplyDelete