Monday, 10 June 2013

Kasih Eiffel : Part I


Kasih Eiffel
Bab 3


Doktor Rafizul menghulur sepucuk surat kepada Encik Ibrahim yang berada di hadapannya dengan berat hati. Namun dia harus akur dengan kerjayanya sebagai seorang doktor yang memerlukannya bersikap profesional. Anak matanya melontar pandangan pada Encik Ibrahim yang perlahan-lahan membuka surat tadi. Keadaan didalam bilik itu agak sunyi. Diamati dengan teliti gerak-geri pesakitnya itu. Dia harus bijak menilai situasi agar perkara yang hendak disampaikan nanti dapat diterima dengan ikhlas. Encik Ibrahim membaca isi surat yang diterima tadi. Selang beberapa saat kemudian, matanya kembali menatap wajah Doktor Rafizul.

“Hmm, maaf doktor tapi, boleh tak doktor terangkan serba sedikit fasal surat ni? Saya tak berapa faham sebenarnya.” ujar Encik Ibrahim sambil mengukir seyuman tawar dibibirnya. Dia seakan mengerti bahawa apa yang bakal disampaikan oleh doktor tersebut tidak akan sedap didegar. Tengok saja riak muka doktor itu dia sudah mengerti.  

Perlahan Doktor Rafizul membetulkan cermin matanya. Masih mencari kata-kata. Dari tadi dia buntu. Takut, risau kata-katanya tidak sampai ke tahap penerimaan pesakitnya. Dia kemudian menghela nafas panjang dan mula menerangkan keadaan sebenar kepada Encik Ibrahim.

 ..................................................................................................................

Baju kemeja biru kasual disarung ke tubuh. Dua butang baju yang paling atas dibiarkan terbuka. Baru stylo camni. Hair wax jenama Gatsby disapu ke rambutnya yang agak panjang tetapi masih kemas. Setelah agak berpuas hati dengan penampilan diri, diambil pula kunci kereta dan telefon bimbit jenama iPhone di atas meja solek. Langkahnya laju menuju ke arah pintu bilik. Pantas dia berlari menuruni anak tangga menuju ke pintu utama rumah banglonya. Belum sempat pintu dikuak dari dalam, dia disapa oleh suara lelaki.

“Ha Icad! Kamu nak ke mana tu?”

Langkahnya mati tiba-tiba. Peluh dingin juga mengalir. You are so busted! Dia mengalih pandangan kepada pemilik suara yang menegurnya tadi. Senyuman cuba diukir. “Ekh, papa. Awal papa bangun arini?” soalnya. Bergetar juga suara dia tatkala mengajukan soalan tadi.

Dato Iskandar memandang ke arah jam tangan Tag Heuernya. 12.17 tengahari. Awal sangat ke aku bangun hari ini? Kepalanya digaru meskipun tidak gatal. Mata Dato’ Iskandar menatap kembali susuk tubuh anak pertamanya itu. Segak betul anak lelakinya mengenakan pakaian itu. Tampan dan ………. dan kemana dia nak pegi time-time macam ni?

“Jam papa rasanya dah pukul 12 lebih. Awal ke papa bangun hari ini?”

“Ekh yeke pa? Dah pukul 12 ke? Ichad ingat baru pukul 10 lebih” balasnya bersahaja. Suka dia bergurau dengan papanya. The best, coolest and the most sporting daddy in the world sebenarnya Dato’ Iskandar ini.

“Ni nak kemana ni pakai smart-smart ni?”

“Smart ke papa? Yelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, tidak begitu Dato’ Iskandar? Hahaha, papa ni pon, puji sikit senyum lebar memanjang. Ichad gerak dulu okay. Nak keluar jap” balas Irsyad bersahaja lantas menuju ke arah papanya hendak bersalaman.

Dato’ Iskandar menyambut tangan anaknya, dan menarik semula tangan Irsyad apabila terpandang sesuatu di tangan anaknya. “Ni keluar ni kenapa bawak kereta papa?” Ditariknya kunci kereta Audi R8 Coupe dari genggaman Irsyad.



Kereta Baru Dato' Iskandar



Sumber Google Image

Damn, dia perasan pulak! Baru nak action sikit dengan member-member ada kereta baru. “Errr…kereta Ichad…err…air-cond dia rosak papa. Panas nak drive kereta tu.” Tibai jelah alasan tu! Yang penting aku kena jugak drive Audi baru papa.

“Rosak? Pagi tadi papa, mama dengan Farah pergi jogging kat taman depan tu bawak kereta kamu elok je rasanya. Takda pulak rasanya air-cond tak function.” Pagi Ahad sudah menjadi rutin keluarga dimana dia akan mengajak isteri dan anak-anaknya untuk beriadah bersama. Sengaja dibuat begitu semenjak Irsyad kecil lagi agar hubungan mereka sebagai ahli keluarga lebih akrab. Namun pagi ini, Irsyad tidak ikut bersama kerana tidak bangun walaupun telah dikejutkan berkali-kali. Memang payah anak jantannya hendak bangun jika dia tidur semula selepas selesai solat subuh berjemaah.

Okay, now you’re so doomed Irsyad. “Ala, papa pleaseeee! I promise it just today, then I won’t drive your Audi again. Just this one time.” Dicuba sedaya upaya untuk memujuk papanya. Namun, perasaan hampa menyelubungi. Crap! Seems like I have to drive my car je! Hati kecil Irsyad merungut protes. “Okay, okay. I’ll drive my car” balasnya dengan nada kecewa lantas mengambil kunci keretanya. Dia kemudian terus berlalu pergi tanda berkata lagi.

Dato’ Iskandar hanya memerhatikan anaknya berlalu sebelum hilang di dalam perut kereta Mazda 6 berwarna merah garang itu. Matanya melihat kosong ketika kereta tersebut berundur ke belakang pintu pagar dan akhirnya pecut hingga hilang dari pandangan mata. 


Kereta Irfan Irsyad




Sumber Gambar : Google Image :D

Tapi fikirannya, ligat memikirkan perihal anaknya. Tahun ini genaplah Irfan Irsyad berusia 20 tahun. Namun, hatinya risau dan bimbang akan kelakuan anak lelakinya itu sejak kebelakangan ini. Semakin sukar untuk mendengar nasihat, dan selalu sangat keluar untuk bersosial. Bebas, terlalu bebas pergaulan anak lelakinya itu. Namun, Irsyad tidaklah seperti anak-anak kenalannya yang lain. Mempunyai gaya hidup yang terlalu bebas sehingga lupa hukum dan pantang larang agama. Meskipun begitu, hatinya tetap risau kalau-kalau Irsyad juga sudah mula kearah gaya hidup tidak bermoral sebegitu.


Dato’ Iskandar kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang berada di taman rumahnya. Tangannya pula memicit-micit kepalanya yang tidak sakit itu. Serabut rasa kepalanya. Datin Azlina membawa dulang yang berisi kek lapis Sarawak dan dua gelas jus oren. Diletakkan di atas meja dan kemudian mengambil tempat disisi suaminya. Dihulurkan segelas kepada suaminya itu penuh mesra. Sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk melayan suami. Begitulah rahsia yang digunakan Datin Azlina selama 22 tahun perkahwinan mereka.

“Abang ada masalah dekat office ke? Serabut je saya tengok abang ni.” ujar Datin Azlina. Lembut sahaja tutur katanya. Dato’ Iskandar meletakkan tangannya di bahu isteri kesayangannya. Diusap lembut ubun-ubun isterinya yang ditutupi tudung ungu cair itu. Sebelah tangannya pula memegang erat tangan Datin Azlina.

“Sayang cuba cakap dekat abang. Dekat mana silap abang didik anak-anak abang?” soal Dato’ Iskandar. Sayu sahaja tutur katanya. Datin Azlina memandang wajah polos suaminya itu penuh kasih. “Kenapa abang cakap macam tu? Apa yang Irsyad dengan Farah dah buat bang?”

Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dibiarkan soalan isterinya tidak berjawab seketika. Mencari kata untuk memula bicara. “Kadang kala abang rasa macam abang dah gagal. Abang rasa abang bukanlah papa yang baik, bukan papa yang mampu membimbing amanah-amanah abang untuk patuh arahan agama.” keluh Dato’ Iskandar. Dia sangat yakin dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,  “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi.”

Datin Azlina senyum melihat suaminya itu. Sejak kebelakangan ini, dia sering melihat suaminya duduk sendirian seperti memikirkan sesuatu. Risau hatinya melihat lelaki yang bertakhta dihatinya sebegitu. Hari ini, persoalannya terjawab. Pasti dia sedang memikirkan bagaimana pantasnya anak-anak yang mereka kasihi dan dididik dengan ilmu agama sejak kecil seolah-olah telah terikut dengan budaya remaja zaman kina yang bebas dalam pergaulan seharian, dan yang lebih teruk lagi sanggup mengabaikan perintah agama Islam.

“Abang tak gagal bang. Kita dah didik dua-dua anak kita dengan agama. Mereka anak-anak yang baik bang. Mereka semua pandai mengaji, solat tak tinggal, hormat orang tua. Cuma abang kenalah faham remaja zaman sekarang ni. Biasalah darah tengah panas lagi bang, nak rasa kebebasan, nak enjoy. Tapi insyaallah diorang tak akan buat apa-apa yang tidak sepatutnya saya tahu diorang tidak pernah tinggal 5 perkara wajib setiap hari yang menjadi pendinding mereka bang. Selagi mereka pegang 5 perkara wajib tu, saya tidak risau. Doa saya sentiasa untuk keselamatan mereka bang, insyaallah.”

Kata-kata isterinya seolah-olah mengubat sedikit keresahan hatinya. Suatu senyuman cuba diukir di bibirnya. Dicium tangan isterinya. Sungguh dia bersyukur kerana dipertemukan dengan pasangan yang sebaik ini. Pasangan yang mampu memngubat hatinya ketika resah, pasangan yang mampu membuatnya ketawa apabila duka dan pasangan yang mendidik anak-anaknya menjadi insan berguna.

Ya, mungkin dia terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan tentang putera sulungnya. Sepatutnya dia mendoakan kesejahteraan anaknya, bukan berkifir tidak elok seperti tadi. Tapi, bagi Dato’ Iskandar, kelakuan anaknya sejak kebelakangan ini tidak boleh dibiarkan sahaja. Tidak mahu anaknya terus hanyut dibadai gelora nafsu dan syaitan. Kau kena buat something Iskandar, bisik hati kecilnya.    
      



Sunday, 9 June 2013

Salam Syaaban


Marhaban Ya Syaaban  :D

Photo taken from : https://www.facebook.com/pages/Islam-Is-My-Heart/352615241479851


Berlalu sudah bulan Rejab. Sekejap je kan dah nak masuk Ramadhan? Seronoknya, tak sabar nak puasa, terawih malam-malam (ceh ckp mcm knferm je pegi buat full tiap-tiap ari en??)

Xdelah bukan ape kan...orang cakap biar la kita semangat sikit bila dah nak masuk bulan yang paleng mulia antara 12 bulan yang lain kan?? Tapi, before masuk bulan Ramadan yg penuh mulia tu, same-samelah kita as 1Ummah, as 1Nation of Islam bnyk kan amalan sunat bulan Syaaban nie. Katenya nak cari redha Rasullullah kan? so, x salah kita penat lelah sikit beribadat lebih dalam bulan Kekasih Ilahi ni kn?

Tak susah nk cari "saham" lebih sikit bulan ni....yelah, puasa isnin khamis pon dah ok kan? Niatkan pulak puasa sunat Syaaban, dah okey lah tu!! Pastu, dalam seharian bekerja, niatkan kerana Allah. Simple je...(ni nasihat tapi kadang2 lupa gak nak buat....tpi yelah, kita saling mengingati kan?)

Then, akhir sekali, jgn lupe bnyakkan bace doa ni :

Taken from : Google Image

So, semoga dapatlah kita sama-sama mengimarahkan lagi bulan Syaaban sebelum kedatangan bulan Ramadan yang kita tunggu-tungu.
Sekia dulu, Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah
Adios


Friday, 7 June 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 2


“Okay, so got any more questions?” soal Miss Julia kepada pelajarnya yang tekun menyalin jawapan yang telah dibincang tadi.  “So kalau takde soalan lagi, class dismiss, but before that, saya ada something nak bagi ni.” ujar Miss Julia pantas apabila dia melihat ada beberapa pelajar lelaki yang sudah bangun dari tempat duduk mereka. Dia mencapai beg tangannya untuk mengeluarkan sesuatu.

Riana mengemas alat tulis yang digunakannya tadi. Usai memasukkan semua buku dan barang-barang ke dalam beg sandangnya, dia memerhatikan pensyarah serta mentornya di hadapan yang mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Beberapa saat kemudian, dia mengeluarkan tiga keping surat berwarna kuning cair. Miss Julia membaca tulisan yang tertera di atas sampul itu sebelum menghulurkan satu sampul kepada Biha, satu lagi kepada seorang pelajar lelaki kelasnya dan kad terakhir diserahkan kepadanya. Cepat-cepat Riana mengambil kad tersebut.  

“Fuyyo!! Miss Julia nak kawin dah.”

“Congrates Miss.”

“Lepas ni dah kena panggil Madam Julia lah.” Seluruh ahli kelasnya seramai 25 orang itu ketawa. Mereka kemudian mengucapkan tahniah kepada mentor mereka. Riana melihat kad undangan perkahwinan mereka sebelum memberi kepada ahli kelasnya yang lain. Keadaan di dalam bilik tutorial BKA 7 itu riuh dengan ucapan tahniah. Ada juga beberapa rakan sekelasnya yang lain membuat lawak atau saja mengusik mentor mereka. Riana turut berkongsi kegembiraan.

Mereka mengambil gambar sebagai tanda kenangan. Sebelum Miss Julia keluar dari bilik tutorial itu, sempat dia mengucapkan ucapan terima kasih dan mendoakan kejayaan anak didiknya dalam peperiksaan akhir yang bakal tiba nanti. Riana turut mendoakan kebahagiaan pensyarahnya itu. Mereka kemudian beredar dari situ untuk ke kelas berikutnya. Jadual Riana pada hari ini memang agak padat sedikit. Takpelah Riana, sabar sikit ye. Dah tak lama dah kau nak habiskan Asasi ni. Sabar itu separuh dari iman. Riana cuba memujuk dirinya sendiri.

........................................................................................................................ 

Encik Ibrahim duduk termenung ditempat duduk pemandu kereta. Stereng kereta dipegangnya kemas. Pandangan matanya merenung tepat ke arah pintu rumah yang tertutup rapi. Fikiran dan hatinya, hanya Sang Pencipta sahaja yang mengetahui. Sedikit terkejut dengan perkhabaran terbaru dari pihak hospital. Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta terkuak dari dalam. Perlahan langkah Encik Ibrahim menuju ke rumahnya. Dia membuka pintu dan memberi salam sebelum melangkah kaki kanannya memasuki rumah. Dia melabukan punggungnya diatas sofa di ruang tamu. Merehatkan diri setelah seharian bekerja. Sunyi sahaja keadaan di rumahnya. Dia memandang gambar keluarga yang tergantung di dinding. Encik Ibrahim dan isterinya sedang duduk dan seorang perempuan belasan tahun berdiri dibelakang mereka. Senyumannya terukir. Rindunya terubat sedikit. Rindu terhadap si isteri yang telah kembali dijemput Ilahi dan terhadap satu-satunya anak mereka yang kini masih lagi menuntut di sebuah universiti tempatan.

Jika dahulu, belum sempat dia keluar dari perut kereta setelah pulang bekerja, si isteri sudah pun menunggu untuk menyambut kehadirannya di muka pintu. Dihidangkannya pula dengan secawan teh atau kopi panas. Namun beberapa bulan lalu, keadaan berubah apabila Yang Maha Esa lebih menyanyangi isterinya. Hati mana yang tidak sedih jika seseorang yang dicintai pergi meninggalkan diri. Sayu hatinya. Hanya gambar menjadi pengubat rindu. Saya rindukan awak Zubaidah. Encik Ibrahim bermonolog sendirian.  

Lantas dia bangun dan menuju ke kamarnya di tingkat atas. Mahu bersiap untuk ke masjid bersolat Maghrib dan Isyak berjemaah. Malam ini juga ada kuliah oleh seorang Ustaz yang tinggi ilmu agamanya. Terasa rugi dirinya jika tidak merebut peluang untuk duduk di taman-taman syurga. Tidak mahu menjadikan kerjaya sebagai alasan untuk tidak melakukan suruhan agama. Dia perpegang kepada prinsip meletakkan agama diatas urusan lain. Prinsip itu jugalah yang diterapkan kepada anak tunggalnya.

....................................................................................................................................

Riana bangun dan mencapai Kalam Ilahi di atas meja belajarnya. Dia kemudian duduk semula diatas sejadah. Mengalunkan ayat-ayat cinta dari Pencipta dengan merdu. Bacaannya diselesaikan dengan membaca surah Yasin yang diniatkan untuk arwah ibunya. Usai mengalunkan kalamullah, dia menadah tangan meminta ampun dari Tuhannya. Dititpkan juga doa buat ayahnya agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan arwah ibunya agar sentiasa mendapat lindungan Ilahi di alam sana. Gugur air mata Riana mengingatkan insan yang dirinduinya. Hanya setangkai doa yang mampu diberikan. Dia yakin dengan maksud sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya : Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Antara bilik pelajar Palam 
Semoga doanya menjadi bekalan untuk arwah ibunya. Telekung dan sejadah yang digunakan tadi dilipat kemas. Riana mengikat rambutnya yang kini sudah mencecah paras bahu. Setelah itu, dia menghala ke arah ruang tamu apartment kolejnya itu. Kosong sahaja rumahnya yang memuatkan 8 orang itu. Dia membuka jendela kaca di ruang tamu, membiarkan angin sepoi-sepoi mengalun lembut rambutnya. Nafasnya ditarik dalam. Segar sungguh udara di kampus ini. Meskipun Bandar Puncak Alam jauh dari pekan atau Bandar, namun udara di kawasan tanah tinggi itu cukup bersih dan nyaman. Sesuai sungguh tempat ini bagi sesiapa yang bergelar pelajar universiti yang memerlukan ketenangan dalam menuntut ilmu.

Pandangannya memerhati bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) yang bermandi cahaya pada waktu malam. Terubat rasanya penat yang dirasainya dek kerana jadual yang agak padat hari ini. Sedang dia melayan lamunannya itu, dia disergah dari belakang.
 
FSK dan FPP in Night View

Bangunan FSK dan FPP

“Hah!!! Termenung jauh Cik Kak oi. Teringat pakwe ekh?? Tak share pun dengan aku. Cer citer, cer citer sape?” soal Linda, gadis comel yang merupakan rakan serumahnya. Riana cukup senang dengan perwatakan Linda yang ramah dan mudah mesra dengan semua orang. Kadang kala, boleh jadi gila gamaknya jika terus melayan kerenah gadis itu.

“Dah Lin, kau tak payah la nak nyakat sangat Riana tu. Meh sini tolong aku, banyak tau tak aku pegang makanan ni. Bukan nak tolong.” ujar Ana yang terkial-kial di muka pintu hendak membuka kasut dengan tangan penuh membawa bungkusan makanan. Pantas Riana dan Linda mengambil bungkusan tersebut dari tangan Farhana Almy. Farhana ialah rakan sebilik dengan Linda. Jika Linda seorang yang periang dan mudah mesra dengan orang disekeliling, Farhana atau lebih senang panggilan Ana pula lebih daripada itu. Memang dua kali lima mereka berdua ini. Cuma saiz badan saja yang membezakan mereka. Jika Linda kecil molek, Ana pula tinggi lampai. Bekas atlet sekolah lah katakan, bisik hari Riana.

“Ekh, 4 bungkus je nasi kau beli Ana? Yang lain tak nak makan ke?” soal Riana.

“A’ah. Tasha cakap kejap lagi dia naik makan dengan kita. Dia ada nak hantar handout dekat class rep dia kejap.” balas Ana sedikit kuat yang sedang membasuh pinggan untuk digunakan bagi menghidangkan lauk dari arah bilik air. Riana di ruang tamu hanya mengangguk faham. Lagipun petang tadi ada beberapa housematenya agak kelam-kabut bersiap untuk menghadiri kelas ganti Dr. Sim malam ini. Ada juga yang awal-awal sudah makan ekoran ada beberapa assignment yang perlu disiapkan.

“By the way Riana, tadi ikan keli yang kau nak tu takda lah. Dah habis kot. Tadi aku call kau tak angkat. Tak apa kan?” soal Linda.

“Eh tak apalah. Tak ada rezeki la tu.”

“Haaa…yang kau tadi dok termenung jauh tadi ingat mamat mana? Tak nak share dengan aku kan?” balas Linda pura-pura merajuk.

Nak kenakan aku ke Lin ni? Okay, game on. “Aku teringat kat Abang Haikal la. Ala, mamat handsome budak Group A7 tu. Aku dapat rasakan he’s the one for me” Dituturkan kata-kata itu seyakin yang boleh, takut-takut helahnya dapat dikesan oleh Linda.
  
Membulat mata Linda memandang Riana. Riana pon suka kat Haikal? Means, kau ada pesainglah Lin? How could you Riana? Sungguh dia tidak percaya butir-butir perkataan yang keluar dari bibir rakannya itu. Melihat Linda yang diam seketika itu, Riana dan Ana yang baru sahaja keluar ke ruang tamu itu ketawa besar. Linda semakin keliru.

“Tau kau takut Lin? Haaa…baru kenakan sikit dah terbeliak biji mata. Hahahaha.” balas Ana. Linda menghembus nafasnya perlahan. Akibat terlalu terkejut, tidak sedar bahawa dia telah  menahan nafasnya. “Eh, mana ada. Gimik je tu. Jadi kan lakonan aku?” balas Linda pantas, cuba menyembunyikan perasaan malunya. Mereka ketawa kembali.






Wednesday, 5 June 2013

Kasih Eiffel : Part I

Kasih Eiffel
Bab 1


Amirah Riana leka memerhatikan gelagat para pelajar yang sibuk membeli makanan di Café Rafflesia. Ada yang sibuk memilih lauk pauk, dan ada juga yang sedang beratur untuk membayar makanan. Sungguh dia tidak menyangka perjalanannya sebagai pelajar Asasi di UiTM Kampus Puncak Alam ini sudah hampir ke penghujungnya. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk dia menghadapi peperiksaan akhir pengajiannya. Bagaikan baru semalam sahaja ibu dan bapanya menghantar Rania ke kampus ini untuk memulakan kehidupannya sebagai pelajar universiti.

Hahaha. Hati kecilnya tergelak mengenangkan memori tersebut. Mindanya pula ligat memutarkan kembali panorama pada hari pertama dia mendaftar. Ramai. Terlalu ramai pelajar yang turut mendaftar pada hari yang sama. Hmmm, agak-agak berapa ratus pelajar Asasi kat sini ekh? Soalan tersebut bermain di kotak fikirannya. Bermacam gelagat juga diperhatikan. Ada yang sedang mengeluarkan barang-barang daripada kereta, ada juga ibu bapa yang membantu membawa kotak-kotak anak mereka menuju ke arah lif di blok R3. Sedang dia memerhatikan keadaan sekeliling, saat itulah Riana di sapa oleh seseorang.

Dewan Makan / Cafe Rafflesia

Suasana dalam Cafe Rafflesia (tak tahu tahun bila punya susunan ni)

“Riana? Rianaaa??” tegur Fisya lantas mematikan lamunan Riana. Tersentak dengan teguran sahabatnya, Riana memandang sekeliling, cuba memproses semula kembali keadaan sebenar. Khayalannya mati serta merta.

“Ohh...hi Fisya. Dah lama ke tunggu?” ujar Riana. Tunggu? Eh? Keadaan di cafe kembali menerjah pandangan matanya. Haih Riana, day-dream lagi kau ya?

“Oi Cik Mira Riana, kau fikir siapa tu? Sampai termenung jauh aku tengok? Kitorang dah sampai lama pon kau tak perasan. Siap tersengih-sengih lagi tu? Teringat kat Abang A ke?” balas Biha dari belakang Fisya lantas menarik kerusi dan duduk di hadapan Riana. Fisya dan Biha sudah ketawa kecil melihat muka Riana yang putih itu kemerahan menahan malu.

Abang A? Abang A mana pulak yang Biha cakap ni? Alahhh...dia bergurau je kot. Bukan Riana tidak kenal dengan perangai sorang kawannya yang kecil molek ni. Suka sangat bergurau dan menyakat dirinya. “Mana ade. Aku tunggu korang ni lah lambat sangat sampai. Penat tau!!” balas Riana cepat-cepat seraya bangun dari kerusi.

“Eleh...nak cover la tu.” balas Fisya. Biha dan Fisya ketawa lagi. Ishhh, korang ni tak habis-habis nak kenakan aku, getus hati kecil Riana. Namun beberapa saat kemudian, Riana turut ketawa bersama mereka. Hahaha...inilah yang dia suka mengenai Nabihah Azmi dan Fisya Syahida. Merekalah yang selalu menceriakan keadaan. Sungguh Riana bersyukur di pertemukan dengan dua daripada lima sahabat karibnya di tempat mereka menadah ilmu dan mengenal erti kehidupan ini.

“Hahaha....korang ni ada-ada jelah. Jomlah, dah pukul 9.00 ni. Nanti lambat pulak masuk kelas. Kelas arini dah la start pukul 9.30...tutor Physics pula tu. Soalan semalam banyak lagi yang aku tak faham.” ujar Riana lantas mematikan ketawa dua sahabatnya itu.

Mereka kemudian terus melangkah keluar dari Cafe Rafflesia yang sudah mula riuh dengan kehadiran pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda itu. Mereka berjalan ke bangunan fakulti sambil berbincang mengenai soalan-soalan tutorial yang akan dibincangkan sebentar nanti. Memang sejak dari zaman persekolahan lagi Riana tidak berapa gemar dengan subjek Physics, namun kehidupan sebagai seorang pelajar, Riana tidak pernah mengeluh atau cepat berputus asa dengan subjek-subjek yang dirasakan sukar. Sebaliknya, dia menjadikan perasaan itu sebagai satu pemangkin untuk dia terus berjaya. Itulah apa yang selalu dipesan oleh ibunya.

“Eh, korang rasa budak berdua tu marah tak dengan kita?” soalan Fisya sambil menunjuk ke arah Tangga Kejayaan atau lebih dikenali dengan nama Tangga Maut. Tangga maut ini merupakan tangga yang disediakan untuk kemudahan pelajar yang menghubungkan antara kolej kediaman dan bangunan fakulti. Tangga ini beroleh gelarannya sebagai tangga maut kerana tangga ini adalah sangat tinggi, dan mempunyai sebanyak lebih 200 anak tangga, melebihi tangga yang ada di Batu Caves sendiri.

Tangga "Maut" / Tangga Kejayaan 
Riana dan Biha yang sedang sibuk berbual tadi memberhentikan langkah seketika apabila terlihat muka Syaqirah Malik dan Athirah Adam yang agak marah. Mungkin mereka lambat sangat di Cafe tadi sampai penat Qira dan Tirah menunggu mereka agaknya. Perlahan-lahan mereka menuju ke arah dua lagi sahabat mereka yang sudah menuggu di Tangga Kejayaan itu.

Sebelum sempat Riana meminta maaf, mereka sudah pon dimarahi oleh Qira. “Woi, korang pegi mana hah lambat sangat? Penat aku dengan Tirah tunggu dekat sini. Kata pukul 9 tunggu, ni dah pukul berapa?” Qira, bersusuk tubuh agak besar daripada mereka berlima bersuara, manakala Tirah pula hanya buat-buat malas nak layan. Fed-up lah tu.

“Hehehe...jangan la marah Qira, ni Riana yang lambat.” Ekh? Aku lambat? Bukan dia ke lambat tadi. Penat aku tunggu kat cafe tadi. Riana memandang wajah Fisya yang selamba itu.

“Riana lambat? Macam la kitorang tak tau siapa yang lambat sebenarnya!!” ujar Tirah geram. Fisya hanya mampu mengukir senyuman kecil di bibirnya.

“Ishhh korang ni....tak baik la gaduh-gaduh. Kata BFF kan?” Biha cuba menenangkan keadaan. Dia lantas menunjukkan gelang yang dipakai ditangan kanannya. Gelang yang sama dipakai ditangan mereka berlima. Gelang yang menjadi bukti terjalinnya persahabatan mereka di sini. Gelang yang menjadi saksi cerita suka dan duka yang mereka kongsi bersama. Meskipun mereka berbeza perangai, namun itulah yang menjadikan mereka saling melengkapi dalam mengharungi pahit manis kehidupan sebagai pelajar UiTM Puncak Alam ini.

Melihat gelang yang dipakai di tangan Biha, masing-masing memandang ke arah gelang mereka sendiri dan mengukir senyuman kecil. Meskipun kadang kala mereka bercanggah pendapat namun mereka tetap rapat. Mungkin itulah yang menjadi rencah dalam menjana persahabatan yang lebih utuh bisik hati kecil Riana. Ya, walau apapun yang berlaku, mereka tetap bersahabat baik. Tetap akan menjadi BFF selamanya. Qira hanya menggelengkan kepala tanda meminta maaf sebab marah tidak tentu fasal. Setelah itu, mereka menuruni Tangga Kejayaan dan terus menuju ke bangunan fakulti untuk kelas tutorial mereka. Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi. Harap-haraplah kitorang sempat sampai sebelum pensyarah masuk kelas, getus hati kecil Riana.              






Sunday, 26 May 2013

Thinking of Writing My Own Novel :D

My Novel : "Kasih Eiffel" 


Errmm....terfikir nak buat novel sendiri, tapi tak tau la nk bagi tajuk ape....jalan cerita dah ade (tapi secara roughly je lah) 

        Ceritanya ? Hmmm...sebenarnye inspired by my classmate mase time Asasi kat UiTM Puncak Alam dulu... n ade lah dicampur skit ngn imaginasi and angan2 yang dah lame simpan since Form 5 lagi....but actually still tengah kukuhkan plot cerita lagi....tak nak la nanti pertengahan cerita tetiba cerita nmpak pelik cause the plot is unstable and difficult to understand. Hope dapat siapkan lah before bermula nya lembaran baru dalam hidup ni....(poyo giler ayat !! Pdahal masuk degree je nnti...hahahhakks :P ) 

        So, hope dapat la finish it by the end of August....guess till now... bye :D